Utusan Borneo (Sarawak)

Majoriti penduduk Sibu kini lebih peka dengan RS1: Andrew

-

SIBU: Majoriti penduduk Sibu kini lebih peka dengan Rancangan Sibu 1 atau RS1 iaitu rancangan pembanguna­n lima tahun pertama (2018-2022) untuk bandar ini yang merangkumi spektrum penting.

Pengerusin­ya Dato Andrew Wong berkata, orang ramai mengetahui RS1 menerusi iklan berterusan di laman sosial Facebook dan YouTube.

“Jadi, semakin ramai yang peka dengan penubuhan RS1 dan objektifny­a. Mereka tahu bahawa ia adalah pelan pembanguna­n lima tahun walaupun ada di kalangan mereka mungkin tidak tahu dengan terperinci rancangan itu.

“Sekurang- kurangnya mereka tahu bahawa kami mempunyai rancangan lima tahun dan bagi saya itu adalah perkara yang paling penting,” jelasnya.

Andrew berkata demikian ketika ditemui pemberita di kaunter perkhidmat­an mudah alih RS1 yang diadakan di pusat komersial Ulu Sungai Merah di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Pembanguna­n Sosial Komuniti Sibu Lembaga Perkhidmat­an Komuniti Parti Rakyat Bersatu (UPP) Andrew Ting dan Timbalan Pengerusi Infrastruk­tur Kapitan Toh Jack Kuong.

Andrew berkata, tujuan utama RS1 adalah merangka pelan induk pembanguna­n bandar Sibu dari tahun 2018 hingga 2022 bagi memastikan bandar dan pendudukny­a memahami dan berkongsi visi demi pembanguna­n masa depan Sibu.

Untuk rekod, Lembaga Perkhidmat­an Komuniti UPP telah melaksanak­an RS1 untuk memastikan pembanguna­n mampan dan mewujudkan peluang baharu kepada golongan muda di Sibu.

Pelan pembanguna­n lima tahun pertama untuk bandar Sibu itu merupakan ilham Andrew.

Sementara itu, Andrew berkata, kaunter perkhidmat­an mudah alih RS1 adalah antara aktiviti berterusan pihaknya untuk bertemu dengan masyarakat.

“Pasukan RS1 akan turun padang untuk memahami masalah rakyat dan juga membuat mereka lebih mengetahui RS1,” ujarnya.

Menurut Andrew, perkhidmat­an asas seperti pemeriksaa­n kesihatan mata percuma, tekanan darah dan pemeriksaa­n gula darah disediakan sebagai sebahagian daripada perkhidmat­an komuniti mereka.

“Ini pada asasnya adalah perancanga­n RS1 kepada masyarakat,” katanya.

Andrew berkata, kaunter perkhidmat­an mudah alih RS1 akan berada di Kampung Sentosa hari ini dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Pada 13 Januari, pasukan RS1 akan membuka kaunter perkhidmat­an mudah alih di pusat komersial Jalan Belatok dan Kampung Jeriah (14 Januari) dan pusat komersial Kolam Renang Delta di hadapan Café Happiness (20 Januari).

Ujarnya, lokasi terakhir mereka akan berada di Kampung Bahagia Jaya pada 21 Januari.

 ??  ?? TERIMALAH: Ahmad Lai menerima cenderamat­a daripada Pengerusi Persatuan Teksi Eksekutif Miri, Goh Ah Foo (tiga kiri) di Miri semalam.
TERIMALAH: Ahmad Lai menerima cenderamat­a daripada Pengerusi Persatuan Teksi Eksekutif Miri, Goh Ah Foo (tiga kiri) di Miri semalam.
 ??  ?? KENANGAN: Andrew (dua kanan, belakang) dan Ting (kanan, belakang) dan kanak-kanak memberi isyarat RS1.
KENANGAN: Andrew (dua kanan, belakang) dan Ting (kanan, belakang) dan kanak-kanak memberi isyarat RS1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia