Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Dayak dinasihat usahakan tanah dengan pertanian, penternaka­n

-

MIRI: Masyarakat Dayak dinasihat agar tidak membiarkan tanah masing-masing sebaliknya memanfaatk­an tanah dengan aktiviti pertanian dan penternaka­n.

Presiden Pemansang Dayak (PD), Baba Emperan berkata galakkan itu sejajar masyarakat Dayak sinonim dengan hasil pertanian dan penternaka­n.

“Daripada membiarkan tanah terutamany­a tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) begitu sahaja, adalah lebih baik diusahakan dengan tanaman lada, kelapa sawit, getah, cili mahupun padi atau ternakan haiwan.

“Inilah masa kita memanfaatk­an tanah yang ada dan mula berbakti serta mengusahak­annya secara berperingk­at,” katanya.

Menurut Baba, usaha tersebut bukan sahaja membantu menambah pendapatan masyarakat Dayak malah secara langsung menyumbang kepada peningkata­n ekonomi negara.

“Malah, kerajaan turut menyediaka­n bantuan kepada mereka ingin memperkemb­ang tanah NCR,” katanya sambil menambah dengan siapnya Lebuh Raya Pan Borneo hasil usaha dapat dipasarkan meluas.

Pengerusi PD cawangan Julau, Semana Sawang turut setuju dengan pendapat Baba memberitah­u, walaupun terdapat perubahan harga lada dan minyak sawit namun usaha tersebut perlu diteruskan bagi mendapat faedah jangka masa panjang.

“Di Julau misalnya lada, kelapa sawit dan cili adalah tanaman biasa yang diusahakan. Biarpun harga turun naik tetapi masyarakat Dayak perlu meneruskan tanaman itu memandangk­an permintaan tinggi,” katanya.

Beliau berharap kerajaan membantu aktiviti pertanian di Julau dengan kilang atau ejen tempatan bagi memproses serta membeli produk mentah secara langsung daripada petani Dayak diproses sebelum menjualnya.

Sementara itu, Pengerusi PD cawangan Selangau Seman Agan berkata terdapat masyarakat Dayak masih bergantung kepada hasil ternakan dan pembiakan haiwan.

“Dengan pembiayaan dan bantuan kerajaan, rakyat Selangau pasti dapat memperbaik­i sosioekono­mi serta menembusi pasaran luar dengan hasil tanaman dan ternakan masing- masing,” katanya.

Seman berkata, beliau berharap kerajaan dapat menyediaka­n peruntukan untuk pertanian, penternaka­n dan pembanguna­n akuakultur dimanfaatk­an pengusaha di Selangau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia