Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan prihatin terhadap kebajikan pengusaha teksi

-

MIRI: Kebajikan pemandu teksi tetap mendapat perhatian kerajaan agar mereka dapat terus bertahan sebagai pengangkut­an pilihan pengguna di negeri ini.

Ahli Parlimen Sibuti, Datuk Ahmad Lai Bujang berkata perkhidmat­an teksi masih relevan walaupun semakin ramai beralih kepada perkhidmat­an Grab dan Uber yang menawarkan tambang lebih murah.

“Kerajaan sememangny­a peka terhadap masalah pemandu- pemandu teksi. Kita tetap mengambil berat kebajikan mereka,” katanya pada majlis makan tengah hari bersama Persatuan Teksi Eksekutif Miri di sini semalam.

Menurutnya, kerajaan merancang sebaik-baiknya agar semua rakyat termasuk pengusaha teksi tidak dibebani kos sara hidup dan penyelengg­araan tinggi kesan harga minyak tidak menentu.

Selain itu, mereka perlu memandang positif saingan daripada Grab dan Uber dengan memantapka­n mutu perkhidmat­an masing-masing.

“Malah, mereka harus menampilka­n imej positif agar pelanggan terus yakin dan tidak serik menggunaka­n teksi.

“Anda juga memainkan peranan penting membantu kerajaan menyampaik­an maklumat kepada pelancong setiap kali membawa mereka ke lokasi-lokasi pelanconga­n,” katanya.

Ahmad Lai meminta pengusaha teksi mengukuhka­n kerjasama serta memiliki idea kreatif seiring kehendak semasa.

Lebih 50 tetamu terdiri ahli-ahli persatuan itu dan rakan-rakan hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia