Utusan Borneo (Sarawak)

Bakat seni pelajar tingkatan lima SMK St Joseph Miri menonjol

-

MIRI: Bakat seni sekumpulan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph di sini menonjol dengan terciptany­a mural bertemakan ‘Saya Anak Malaysia’ hasil nukilan dan cetusan idea mereka.

Guru pembimbing, Siti Rokiah Sebi menyifatka­n hasil seni dicipta pelajar-pelajar terbabit memberi maksud jelas tentang betapa pentingnya perpaduan kaum di negara ini.

“Jika dilihat pada mural tersebut dapat disimpulka­n perpaduan perlu dipupuk daripada diri kanak-kanak kecil kerana menjadi salah satu faktor ke arah pembanguna­n di Malaysia.

“Tempoh 13 hari digunakan menyiapkan mural tersebut dengan kekuatan rakan guru, Sumiran Mohd Salleh dan pelajar-pelajar berbakat dalam seni malah seorang daripada mereka sering menghantar karya seni dan menang di peringkat dalaman dan luar sekolah,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, penguru- san sekolah bersetuju dan menyokong usaha dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut dengan kerjasama guru-guru mengajar subjek Pendidikan Seni Visual.

Beliau berkata, mural dihasilkan itu dipertandi­ngkan untuk Pertanding­an Mural 1Malaysia Negaraku anjuran Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“Kami berasa bangga apabila SMK St Joseph merupakan satu-satunya sekolah di Miri terpilih memasuki pertanding­an tersebut dari 100 buah sekolah seluruh negara.

“30 peratus daripada markah adalah menerusi undian secara digital melalui laman sosial Facebook manakala 70 peratus adalah undian juri tetap,” katanya.

Bagi pelayar laman sosial ingin mengundi karya pelajar-pelajar ini boleh ke laman Facebook Pertanding­an Mural 1Malaysia Negaraku dan ‘Like’ gambar mural asal pilihan anda.

Tempoh undian secara digital bermula pada 8 hingga 15 Januari, jam 11 malam.

 ??  ?? SEMOGA BERJAYA: Para pelajar SMK St Joseph merakamkan kenangan selepas mural siap sepenuhnya.
SEMOGA BERJAYA: Para pelajar SMK St Joseph merakamkan kenangan selepas mural siap sepenuhnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia