Utusan Borneo (Sarawak)

Acara berjalan kaki dilancar, kompaun serta-merta dikenakan ke atas individu langgar undang-undang kecil kebersihan

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Individu yang membuang sampah meratarata akan dikenakan tindakan kompaun serta-merta di bawah Kempen Antikutu Sampah oleh Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) selaras dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan berkuat kuasa semalam.

Sepanjang kempen ini, anggota penguat kuasa BDA akan menjalanka­n rondaan dari semasa ke semasa ke lokasiloka­si yang telah dikenal pasti atau kawasan tumpuan orang ramai.

Individu yang didapati melakukan kesalahan terbabit akan dikenakan kompaun sebanyak RM15 di bawah peruntukan 18(1)(f) The Local Authoritie­s (Cleanlines­s) By Laws 1999 atau mengikut kadar dan kekerapan kesalahan dilakukan.

BDA turut memandang serius kes pembuangan sampah secara haram yang masih berleluasa di Bintulu dan penalti maksimum RM1,000 akan dikenakan ke atas mana- mana pesalah yang ditangkap dan boleh didakwa di mahkamah.

Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi berkata, BDA membelanja­kan kos yang tidak perlu untuk kerjakerja pembersiha­n pada setiap masa.

“Sekiranya wang tidak diguna ke arah itu, tentu kami dapat melaksanak­an banyak aktiviti lain berbentuk interaksi sosial bersama komuniti, termasuk membantu golongan miskin dan memerlukan,” katanya ketika melancar Kempen Antikutu Sampah di Bintulu Sentral selepas acara berjalan kaki dari Taman Tumbina pagi semalam.

Turut hadir Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat, Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu, Setiausaha Politik Ketua Menteri Soo Li Ching, timbalan pengurus besar serta pengurus-pengurus kanan BDA.

Rodziah berkata, acara berjalan kaki itu merupakan pendekatan untuk memberitah­u komuniti bahawa pihak BDA serius terhadap kempen antikutu sampah.

“Kami akan menguatkua­sakan undang-undang (kecil) kebersihan 1999 bermula hari ini (semalam). Kerja keras akan dilakukan oleh pengurusan BDA untuk memastikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi setiap kompaun dan notis diselesaik­an dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau menjelaska­n, caj atau kompaun akan dikenakan ke atas individu yang membuang sampah ke atas lantai (bukan ke dalam tong sampah).

Ini bagi memastikan kebersihan Bintulu di tahap terbaik dengan harapan kempen sedemikian akan dapat melahirkan komuniti prihatin dan bertanggun­gjawab terhadap kebersihan persekitar­an, tambahnya.

“Kalau tiada tong sampah, bawa pulang sampah yang hendak dibuang ke rumah. Bagi mereka yang berkelah di Tanjung Batu contohnya, sampah itu bukan berat pun hendak dibawa pulang.

“Sekiranya anda mampu membawa makanan ke kawasan pantai, maka sampah atau sisa juga boleh dibawa pulang ke rumah untuk dibuang ke dalam tong sampah.

“Sikap mementingk­an diri amat berleluasa pada masa sekarang dan seharusnya komuniti tidak memerlukan penguat kuasa BDA untuk sentiasa mengingatk­an mereka perkara ini. Keadaan ini begitu menyedihka­n,” katanya.

Justeru katanya, acara berjalan kaki seterusnya akan diadakan di Tatau dan Sebauh, manakala program bersama pihak sekolah turut dirancang untuk mendidik generasi muda dari peringkat awal agar mereka mengutamak­an kebersihan Bintulu.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat di Pejabat Perkhidmat­an Perbandara­n (PERBINDA) menerusi talian 086-332662 atas hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke hotline 013-8362277.

 ??  ?? KEMPEN KEBERSIHAN: Rodziah (depan) bersama Jack, Mataip, Soo (belakang) serta pengurusan kanan BDA tiba di Bintulu Sentral selepas berjalan dari Taman Tumbina sempena Kempen Antikutu Sampah di Bintulu, semalam.
KEMPEN KEBERSIHAN: Rodziah (depan) bersama Jack, Mataip, Soo (belakang) serta pengurusan kanan BDA tiba di Bintulu Sentral selepas berjalan dari Taman Tumbina sempena Kempen Antikutu Sampah di Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia