Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen antikutu sampah didik masyarakat jaga kebersihan Bintulu

-

BINTULU: Kempen antikutu sampah merupakan satu permulaan baik untuk mendidik sikap bertanggun­gjawab menjaga kebersihan bandar Bintulu.

Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat berkata, komuniti dilihat menyokong kempen tersebut yang diharap mencapai matlamatny­a.

“Kempen ini untuk menye- mai dan mendidik komuniti khususnya generasi muda berkenaan penjagaan kebersihan yang bermula dari rumah terutamany­a menuntut ibu bapa agar menjadi contoh serta mendidik anak-anak supaya tidak membuang sampah merata-rata,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada pelancaran Kempen Antikutu Sampah anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di Bintulu Sentral selepas acara berjalan kaki dari Taman Tumbina pagi semalam.

Jack Aman berkata, penyertaan persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti dalam kempen itu amat baik dan mereka dilihat memberi sokongan padu.

“Kita nampak kerjasama yang begitu baik ditunjukka­n komuniti Bintulu dalam kempen ini dan saya berharap kerjasama, interaksi antara pelbagai agensi dan komuniti setempat dengan agensiagen­si kerajaan akan dapat diperkukuh­kan serta mencapai objektifny­a,” katanya.

Beliau berkata matlamat program terbabit tidak akan dapat dicapai menerusi kem- pen kesedaran semata-mata, malah memerlukan penguatkua­saan tegas oleh oleh BDA.

“Saya berharap orang awam dan warga Bintulu peka dan sedar berkenaan penguatkua­saan terbabit yang bermula hari ini (semalam).

“Ia berkenaan tanggungja­wab bersama menjaga kebersihan bandar Bintulu serta mendidik komuniti agar tidak membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya,” katanya.

Justeru katanya, pemakluman mengenai perkara sedemikian amat penting supaya ilmu dan maklumat berkaitan dapat diterapkan dengan harapan komuniti Bintulu dapat dididik mengenai kebersihan.

“Kerjasama orang awam, persatuan dan NGO juga amat dituntut untuk memastikan kejayaan kempen ini,” katanya.

Pejabat Residen dan Daerah Bintulu juga akan membantu dalam usaha memperkuku­hkan hubungan dengan BDA dan komuniti Bintulu dalam program-program yang diadakan, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia