Utusan Borneo (Sarawak)

Anjur program keagamaan dengan pendekatan relevan untuk belia

- Oleh Kelvin Lambai

SRI AMAN: Golongan muda perlu diberi peringatan tentang kepentinga­n mempelajar­i dan memahami ayat -ayat suci al-Quran sebagai panduan hidup.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ia dapat dicapai menerusi penganjura­n program keagamaan.

Ini katanya, sekali gus dapat membantu masyarakat membendung pelbagai masalah sosial di kalangan remaja.

“Dalam hal ini, ibu bapa harus menekankan aspek keagamaan kepada anak anak mereka. Jangan menyerahka­n tugas mendidik anak-anak kepada guru di sekolah sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Sri Aman di Masjid Besar di sini malam kelmarin.

Ahli Parlimen Batang Lupar itu berkata, pendidikan agama dan menghayati al-Quran mampu membentuk akhlak mulia dan mencegah seseorang daripada melakukan perkara bertentang­an dengan agama.

Justeru katanya, masjid hendaklah dijadikan landasan utama untuk menjalanka­n aktiviti berfaedah untuk masyarakat setempat.

“Kariah masjid juga hendaklah proaktif supaya masjid sentiasa diimarah dan

Kariah masjid juga hendaklah proaktif supaya masjid sentiasa diimarah dan mencari pendekatan relevan untuk menarik golongan muda agar mereka ini mencintai al-Quran dan masjid. Datuk Seri Rohani Abdul Karim Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

mencari pendekatan relevan untuk menarik golongan muda agar mereka ini mencintai al- Quran dan masjid,” katanya.

Rohani turut menggesa masjid dan disurau menganjurk­an pelbagai aktiviti sebagai usaha menarik golongan belia menyertai dan mendamping­i program dianjurkan.

“Mereka perlu dilibatkan sekali dengan aktiviti di peringkat masjid mahupun surau, selain dalam pelbagai aktiviti di peringkat kampung mahupun persatuan.

“Dengan itu, kita percaya belia tidak akan mempunyai masa terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah,” jelasnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri, Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh serta yang lain.

 ??  ?? TAHNIAH: Rohani (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Sri Aman, malam kelmarin. Turut kelihatan Simoi (tengah), Ismawie (kanan) serta yang lain.
TAHNIAH: Rohani (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Sri Aman, malam kelmarin. Turut kelihatan Simoi (tengah), Ismawie (kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia