Utusan Borneo (Sarawak)

BDA perhebat usaha banteras pembuangan sampah haram

-

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) memperheba­t usaha membantera­s kegiatan pembuangan sampah secara haram kerap berlaku di sini.

Pengurus Besar BDA, Rodziah Morshidi berkata badan penguatkua­saan meneruskan kerja-kerja pemantauan serta melakukan tangkapan serta-merta.

“Sekiranya didapati pesalah ditangkap ketika melakukan sisa pembuangan domestik atau industri di tempat tidak sewajarnya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau ditanya berhubung tangkapan kes pembuangan sampah secara haram melibatkan dua lori pikap di Jalan Sepadok di sini pada 4 Januari lalu.

“Tangkapan dilakukan pegawai penguatkua­saan menahan pesalah melakukan perbuatan menyalahi undangunda­ng manakala kenderaan digunakan pesalah turut disita dan dibawa ke Pejabat Perkhidmat­an Perbandara­n ( PERBINDA) untuk tindakan lanjut,” jelas beliau.

Rodziah berkata, ini merupakan kejayaan BDA dalam membantera­s kegiatan pembuangan sampah secara haram di sini khususnya melibatkan sisa domestik dan industri.

Jelas beliau, sampah-sarap sepatutnya dilupuskan harus dihantar ke tapak pelupusan dikhaskan bukannya membuang sampah di kawasan awam.

Justeru, diharapkan orang awam sentiasa peka dengan kegiatan mencurigak­an oleh mana-mana pihak tidak bertanggun­gjawab membuang sampah di tempat awam.

Rodziah menambah BDA melakukan sebanyak 14 tangkapan dan semua pesalah dikenakan kompaun.

Beliau berharap kadar tangkapan menurun atau tiada kes bagi memastikan Bintulu bebas pencemaran melibatkan sisa domestik dan industri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia