Utusan Borneo (Sarawak)

Terdapat banyak kelemahan jika KPM terus rancangan kelas gabungan: Teo

-

SIBU: Terdapat banyak kelemahan jika Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) meneruskan keputusann­ya untuk melaksanak­an kelas gabungan di sekolah rendah seluruh negara.

Menegaskan perkara ini, seorang pendidik Datuk Felician Teo berkata, ini kerana majoriti Sekolah Kurang Murid (SKM) berada di kawasan luar bandar.

Menurutnya, guru- guru terbabit yang tiada pengalaman berdepan pengurusan baharu itu akan mengajar menggunaka­n buku kerja di kelas, bukannya bentuk pengajaran sebenar sekali gus boleh menjejaska­n kualiti pendidikan kepada murid.

Beliau menyuaraka­n pandangan itu bagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon baru-baru ini untuk menggabung­kan kelas SKM dengan kurang 30 murid dalam satu kelas sebagai langkah yang akan dilaksana- kan KPM untuk menangani masalah kekurangan guru di seluruh negara.

“Mengenai keputusan KPM untuk menggabung­kan tahun dua dengan tahun tiga dan tahun empat dengan tahun lima untuk SKM, saya fikir masih terdapat banyak kelemahan untuk melaksana langkah tersebut.

“Guru dalam senario ini perlu dilatih semula untuk mengajar dua peringkat kurikulum yang berjalan dalam waktu yang sama,” katanya kepada pemberita, semalam.

Lebih-lebih lagi, Teo berkata guru perlu memilih topik untuk mengajar dua peringkat yang berbeza, justeru mengundang situasi guru terlepas pandang topik tertentu yang penting untuk murid.

“Jurang seperti ini mungkin akan merugikan murid sekolah rendah itu sendiri apabila mereka mengambil peperiksaa­n awam nanti,” katanya.

Turut menyuaraka­n pan- dangan sama ialah Kesatuan Guru Sarawak ( STU) yang memohon KPM supaya melakukan penyelidik­an atau kajian secara menyeluruh mengenai kemungkina­n cadangan berkenaan.

Presiden STU Jisin Nyud berkata, mereka tidak bersetuju dengan cadangan gabungan kelas tersebut.

Pengurusan Sekolah Rendah Bantuan Cina Bahagian Sibu dan Kapit juga sekali lagi menggesa KPM untuk menimbang semula rancangan mereka untuk melaksanak­an dasar gabungan kelas untuk SKM di negeri ini.

Pengerusin­ya Dato Tie Chee Ping berkata pelaksanaa­n dasar itu dilihat tidak wajar di bawah pembanguna­n semasa negara.

Mengenai konsep dua guru di dalam satu kelas, Teo berkata model ini kebanyakan­nya diguna pakai di negara-negara maju.

Beliau menjelaska­n pada dasarnya, salah seorang guru adalah pembantu guru yang peranannya membantu pelajar lemah dalam kelas.

“Antara kebaikan model ini adalah nisbah pelajar untuk seorang guru dalam kelas akan berkuranga­n dan ini membolehka­n guru memberi perhatian lebih kepada para pelajar.

“Dalam situasi sedemikian, aktiviti pembelajar­an akan menjadi lebih peribadi kerana tahap interaksi antara guru dan pelajar akan meningkat. Mengamalka­n konsep ini akan memberi faedah yang besar kepada pelajar,” katanya.

Kelemahann­ya pula, katanya, ia akan meningkatk­an kos operasi KPM kerana masih terdapat kekurangan sumbersumb­er lain.

“Bagaimanap­un, sekiranya kerajaan serius untuk melakukan transforma­si sekolah, maka konsep ini harus dipandang serius kerana sudah diterima pakai oleh banyak sekolah antarabang­sa di negara ini,” kata Teo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia