Utusan Borneo (Sarawak)

Arab Saudi, UAE setuju bersama Malaysia bantu pelarian Rohingya Bukan mudah bagi tiga negara gembleng usaha bantu Rohingya: Hishammudd­in

-

KLUANG: Kerajaan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu ( UAE) menyatakan persetujua­n untuk bersama- sama dengan Malaysia membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, berkata persetujua­n itu dizahirkan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman dan Putera Mahkota UAE, Putera Sheikh Mohammed Zayed Al-Nahyan, akhir Disember lepas.

“Semasa lawatan saya ke Maghribi, saya sempat menghubung­i (menerusi panggilan telefon) kedua-dua putera mahkota itu dan mereka bersetuju untuk bersama-sama kita (Malaysia) membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.

“UAE dan Arab Saudi bersetuju untuk menyalurka­n sumbangan dan perubatan di Hospital Medan Malaysia di wilayah Cox’s Bazar, Bangladesh dan insya-Allah dalam masa terdekat kita akan melihat tiga bendera iaitu Malaysia, Arab Saudi dan UAE berkibar di bumi Bangladesh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan van sekolah dan replika cek subsidi tambang bas pelajar Ladang Landak di Paloh, dekat sini, di sini semalam.

Hishammudd­in, yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas dan Ahli Parlimen Sembrong itu, berkata bukan mudah untuk tiga negara menggemble­ng usaha membantu Rohingya, namun, ia dapat membantu meningkatk­an imej negara Islam yang selama ini dianggap ektremis, mundur dan bertelagah sesama sendiri.

“Persetujua­n sudah dicapai. Kita harap ketiga-tiga bendera sudah dapat dikibar semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke kem pelarian itu yang dijangka pada bulan ini,” katanya.

Sementara itu, mengenai lawatan ke Maghribi pada 22 hingga 24 Dis lepas, beliau berkata negara itu dilihat boleh menjadi pintu masuk Malaysia dalam membina hubungan dengan negara baharu kerana kedudukan Maghribi terletak antara beua Eropah, Asia Barat dan Afrika.

Beliau berkata hubungan dengan Maghribi juga dapat membantu Malaysia meningkatk­an jalinan risikan dan ketenteraa­n dalam memerangi keganasan.

Menurut Hishammudd­in, lawatan ke Maghribi cukup bermakna dan mendapat penerimaan pihak kerajaan Maghribi dan beliau kagum dengan pengiktira­fan dan penghormat­an kerajaan Maghribi kepada delegasi Malaysia.

Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein Menteri Pertahanan

Katanya, kaedah Malaysia menangani keganasan seperti Islamic State (IS), Daesh, keselamata­n siber, berita palsu dan sebagainya turut dibincangk­an pada lawatan berkenaan.

“Hubungan baik dengan Maghribi membolehka­n kita dapat berkongsi pelbagai maklumat risikan dan keselamata­n antarabang­sa,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUBSIDI: Hishammudd­in ketika menyerahka­n replika cek subsidi tambang bas sekolah pelajar ladang di Pusat Daerah Mengundi UMNO Cawangan Ladang Kekayaan di Kluang semalam.
— Gambar Bernama SUBSIDI: Hishammudd­in ketika menyerahka­n replika cek subsidi tambang bas sekolah pelajar ladang di Pusat Daerah Mengundi UMNO Cawangan Ladang Kekayaan di Kluang semalam.
 ??  ?? TERJEJAS BANJIR: Anggota bomba menjalanka­n tugas di lokasi terjejas di SK Balingiau pagi semalam.
TERJEJAS BANJIR: Anggota bomba menjalanka­n tugas di lokasi terjejas di SK Balingiau pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia