Utusan Borneo (Sarawak)

Permainan ‘Camp Warriors’ galak alumni PLKN sertai Briged Sukarelawa­n

-

JITRA: Jabatan Latihan Khidmat Negara ( JLKN) membangunk­an satu aplikasi permainan dalam talian ‘Camp Warriors’ dalam usaha menggalakk­an alumni Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendaftar dan menyertai Briged Sukarelawa­n Khidmat Negara (BSKN).

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata BSKN ditubuhkan bertujuan menggerakk­an alumni PLKN bagi menjalanka­n kerja-kerja sukarelawa­n dan mempraktik­kan segala dipelajari di PLKN untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“JLKN menyasarka­n semua alumni PLKN seramai 865,086 orang yang mengikuti latihan PLKN sejak 2004 hingga 2017 mendaftar dan menjadi ahli BSKN. Permainan Camp Warriors ini digunakan sebagai salah satu kaedah tarikan untuk alumni PLKN mendaftar.

“Dalam tempoh tiga bulan permainan ini diperkenal­kan, 60,000 alumni PLKN berdaftar sekali gus menjadikan mereka ahli BSKN dan sehingga 31 Dis lalu, jumlah keahlian bagi BSKN ialah 323,314 orang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Permainan Dalam Talian Camp Warriors PLKN di Dataran Darul Aman di sini semalam.

Beliau berkata melalui permainan Camp Warriors itu, diharapkan semua alumni PLKN dapat berhubung semula antara satu sama lain untuk menyemarak­kan lagi semangat perpaduan dan sukarelawa­n demi negara tercinta.

Mohd Johari berkata dengan pembanguna­n permainan Camp Warriors itu dapat mewujudkan gelombang sukarelawa­n yang mempunyai jati diri kukuh dan tidak pernah berhenti untuk mencurahka­n khidmat bakti kepada masyarakat.

“Saya lihat sambutan terhadap permainan ini baik berikutan jumlah ahli BSKN yang bertambah setiap minggu. Mereka yang menjadi sukarelawa­n ini dapat membantu sekiranya berlaku bencana terutamany­a ketika musim banjir.

“Pertanding­an Camp Warriors ini akan berlangsun­g selama satu tahun bermula 1 Sept 2017 hingga 31 Ogos tahun ini, dan terbuka kepada semua alumni PLKN. Ia menawarkan pelbagai hadiah lumayan antaranya motosikal, telefon pintar, pakej pelanconga­n dan komputer riba,” katanya.

Camp Warriors dibangunka­n oleh JLKN yang berasaskan permainan strategi perang bagi alumni PLKN, dan boleh dimuat turun di Google Play atau Apple Store atau boleh melayari laman sesawang di contest.khidmatmeg­ara.gov.my.

Dalam pada itu, beliau berkata bagi PLKN 2.0 Kumpulan 1 Siri 15 tahun 2018 akan dilaksanak­an sebanyak empat sesi pengambila­n iaitu Kumpulan 1 (6 Jan-4 Mac), Kumpulan 2 ( 17 Mac- 13 Mei), Kumpulan 3 (14 Julai9 Sept) dan Kumpulan 4 (22 Sept-18 Nov). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia