Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan muda perlu celik kewangan elak risiko bankrap

-

SEREMBAN: Golongan muda di negara ini perlu celik pengurusan kewangan untuk mengelakka­n mereka terjerumus dalam kancah hutang yang tinggi, sekali gus berisiko untuk diisytihar­kan bankrap.

Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon berkata ini kerana pada tahun lepas sahaja, dianggarka­n 70 peratus individu yang diisytihar­kan bankrap adalah daripada golongan muda.

“Kita lihat tahun lepas, daripada hampir 300,000 orang yang diisytihar­kan bankrap, 70 peratus adalah orang muda... golongan ini yang paling mudah terjerumus dengan beban kewangan seperti pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dan juga kad kredit.

“Trend seperti skim cepat kaya misalnya, ramai orang muda yang percaya. Mereka sebenarnya tahu itu ialah skim penipuan, cuma kadang kala mereka mahu mencuba nasib,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Celik Pengurusan Kewangan untuk Belia di sini, semalam.

Turut hadir Presiden Majlis Perancanga­n Kewangan Malaysia (MFPC) Michael Kok Fook On.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Datuk Abdul Rahman Putra Taha pada 14 Sept tahun lepas dipetik sebagai berkata sebanyak 294,000 rakyat Malaysia terlibat dalam kes kebangkrap­an yang aktif disebabkan sewa beli, kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman sosial.

Abdul Rahman berkata berdasarka­n statistik jabatan itu, 70 peratus daripada kes kebankrapa­n membabitka­n mereka yang berumur 35 hingga 45 tahun dan dianggarka­n kira-kira 18,000 hingga 20,000 individu diisytihar­kan bankrap disebabkan pelbagai punca dalam masa setahun.

Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata beliau bimbang jika trend berkenaan terus meningkat ekoran gaya hidup dan perancanga­n kewangan yang tidak baik diamalkan golongan muda.

“Justeru, program seperti ini merupakan satu program untuk berkongsi pengetahua­n dan pengalaman berkenaan pengurusan kewangan kepada golongan muda. Ini merupakan satu pengetahua­n yang amat penting untuk mengajar anak-anak dan orang muda perihal pengurusan kewangan yang baik.

Program itu dihadiri seramai 200 orang terdiri daripada Gabungan Belia Negeri Sembilan dan juga pelajar Tingkatan Enam dari sekolahsek­olah di sekitar Seremban. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia