Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir: 38 orang daripada 12 keluarga dipindahka­n

-

MEMBAKUT: Tujuh negeri di seluruh negara diberi penarafan lima bintang atas kecekapan serta keberkesan­an pengurusan bencana banjir di negeri-negeri berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata negeri-negeri itu ialah Sabah, Johor, Pahang, Terengganu, Sarawak, Perak dan Selangor manakala penarafan empat bintang diberi kepada Kelantan.

“Kelantan ada sedikit masalah dari segi pusat pemindahan sementara (PPS). Jadi Kelantan kita beri penarafan empat bintang dulu dan selepas ini (masalah PPS selesai) baru dapat lima bintang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat PPS Dewan Serbaguna Membakut, Daerah Kecil Membakut, PPS Sekolah Menengah St Patrick dan PPS Bangunan KAFA di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman.

Shahidan berkata Pulau Pinang belum diberi sebarang penarafan kerana proses penilaian pengurusan bencana banjir di negeri berkenaan masih berjalan. — Bernama KANOWIT: Seramai 38 orang daripada 12 keluarga yang tinggal di kuarters guru dan kakitangan SK Balingiau, Jalan Nibong- Tada dekat sini terpaksa dipindahka­n ke tempat selamat susulan hujan turun semalaman.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sarawak, kawasan sekolah, bangunan dan kuarters kediaman guru ditenggela­mi air sedalam tiga meter.

Jurucakap JBPM di sini memberitah­u mereka terjejas terdiri 12 keluarga tinggal di kuarters sedia ada dipindahka­n ke pusat pemindahan kuarters guru lama sekitar jam 10.57 pagi semalam.

“Tiada murid-murid tinggal di asrama sekolah kerana hujung minggu semasa kejadian,” kata sumber.

Katanya, JBPM dibantu pihak sekolah melakukan pemantauan banjir di lokasi kejadian dari semasa ke semasa untuk memastikan keselamata­n mereka terjejas diutamakan.

“Kami amat berharap paras air surut tidak lama lagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia