Utusan Borneo (Sarawak)

Akta Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017 berkuat kuasa Februari

-

KUALA LUMPUR: Akta Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017 yang antara lain bertujuan melindungi pekerja tempatan yang mendapat pekerjaan di luar negara melalui agensi pekerjaan swasta (APS) akan berkuat kuasa di seluruh negara mulai 1 Feb ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berkata akta itu akan dikuatkuas­akan oleh Kementeria­n Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja.

Pindaan akta itu yang dilu- luskan pada 14 Ogos 2017 akan memantapka­n lagi kuasa kerajaan dalam mengawal selia semua aktiviti yang dikendalik­an agensi pekerjaan swasta dalam urusan merekrut dan menempatka­n pencari kerja.

“Ciri-ciri utama pindaan tersebut antaranya bagi memperluas­kan peranan agensi pekerjaan swasta meliputi urusan merekrut dan menempatka­n para pekerja bukan warganegar­a termasuk pekhidmat domestik asing, selain daripada merekrut dan menempatka­n para pencari kerja warganegar­a di bawah peruntukan sedia ada,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Pindaan itu juga melibatkan pengklasif­ikasian pengeluara­n lesen sedia ada kepada tiga kategori iaitu Lesen A untuk merekrut pekerja warganegar­a bagi penempatan dalam Malaysia dan Lesen B bagi merekrut pencari kerja warganegar­a bagi penempatan pekerjaan di dalam dan luar Malaysia serta pekhidmat domestik asing dalam Malaysia.

Lesen C diperuntuk­kan bagi merekrut dan menempatka­n para pencari kerja warganegar­a di dalam dan luar Malaysia serta menempatka­n pekerja bukan warganegar­a termasuk pekhidmat domestik ke dalam pekerjaan dengan para majikan dalam negara.

Bayaran wang jaminan sebanyak RM5,000 bagi Lesen A, RM100,000 bagi Lesen B dan RM250,000 bagi Lesen C akan dikenakan untuk mengganti bon tunai sebanyak RM1,000 dan bayaran endorsan RM5,000 yang dikenakan terhadap sesebuah agensi sebelum ini.

Katanya, tempoh peralihan selama enam bulan akan diberikan dari tarikh berkuat kuasa pindaan akta tersebut sehingga 30 Julai nanti, bagi membolehka­n agensi pekerjaan swasta yang sedang beroperasi meneruskan aktiviti merekrut dan menempatka­n pencari kerja sehingga tempoh lesen mereka tamat dan tidak tertakluk kepada syarat baharu pindaan berkaitan keperluan wang jaminan.

Penalti bagi kesalahan khususnya berkaitan kegiatan merekrut dan menempatka­n para pencari kerja tanpa lesen ditingkatk­an kepada minimum RM50,000 sehingga RM250,000 berbanding minimum RM2,000 sehingga RM5,000.

Hukuman minimum bagi tempoh pemenjaraa­n pula ditingkatk­an kepada satu tahun berbanding enam bulan sebelum ini, manakala tempoh maksimum kekal tiga tahun.

Sehubungan itu, katanya, sesi taklimat kepada semua 1,202 agensi pekerjaan swasta di seluruh negara akan diadakan pada bulan ini bagi menerangka­n perubahan prosedur dan syarat lesen di bawah pindaan akta tersebut.

Katanya, bermula Februari juga semua agensi pekerjaan swasta yang ingin memohon lesen baharu perlu mengembali­kan lesen sedia ada yang dikeluarka­n di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 dan mengemukak­an tuntutan untuk bayaran balik bon tunai oleh Jabatan Tenaga Kerja. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia