Utusan Borneo (Sarawak)

Standard pendidikan yang tinggi dan berkualiti, kemudahan sekolah lengkap dan kondusif menjadi kelebihan utama: Lau

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Bilangan pelajar yang memasuki sekolah persendiri­an Cina semakin meningkat di seluruh negara sejak kebelakang­an ini.

Pengerusi Persatuan Jawatankua­sa Gabungan Sekolah-Sekolah Cina Malaysia ( DongZong) Temenggung Dato Vincent Lau berkata, ini menunjukka­n sekolah tersebut menyediaka­n pendidikan yang baik dan berkualiti.

“Ia juga menunjukka­n Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) mempunyai standard yang tinggi dan berkualiti,” ujarnya ketika berucap pada majlis pembukaan sesi persekolah­an baharu di Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong, kelmarin.

Seramai 147 pelajar baharu memasuki SM Wong Nai Siong pada tahun ini, peningkata­n lapan pelajar berbanding tahun lepas.

Lau yang juga Pengerusi Lembaga Pengurusan SM Wong Nai Siong berkata, sekolah- sekolah Cina juga dilengkapi dengan semua kelengkapa­n, selain mempunyai persekitar­an pembelajar­an yang kondusif.

Menyentuh mengenai SM Wong Nai Siong, beliau yakin populasi sekolah itu mampu mencapai 1,000 pelajar dalam tempoh dua tahun lagi.

“Buat masa ini, sekolah ini telah mempunyai 800 pelajar, meningkat 61 pela-

Ia juga menunjukka­n Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) mempunyai standard yang tinggi dan berkualiti. Temenggung Dato Vincent Lau Pengerusi Persatuan Jawatankua­sa Gabungan Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (DongZong)

jar berbanding tahun lepas,” ujarnya.

Menurut beliau, pihak sekolah akan terus menaik taraf kemudahan sekolah bagi memberi pendidikan yang berkualiti dan terbaik kepada pelajar.

Lau turut menasihati pelajar baharu agar memberi sepenuh komitmen, yakin pada diri dan belajar bersungguh­sungguh.

Sementara itu, Pengetua sekolah Lu Yew Hiiung dalam ucapannya berkata pelajar baharu yang memasuki Tingkatan 1 merupakan pelajar yang cemerlang dalam UPSR.

Seramai tujuh pelajar katanya, mendapat 8A dalam UPSR, 7A (3), 6A (9), 5A (4) dan 4A (5).

Lu juga memberitah­u, jumlah tenaga pengajar juga telah bertambah kepada 44, termasuk tujuh daripada mereka adalah lepasan sarjana.

 ??  ?? MANTAPKAN PERJUANGAN: Ahli-ahli SDNU Sarikei untuk sesi 2018-2020.
MANTAPKAN PERJUANGAN: Ahli-ahli SDNU Sarikei untuk sesi 2018-2020.
 ??  ?? TERUSKAN USAHA: Lau (dua kiri) menyampaik­an insentif kepada seorang pelajar sambil diperhatik­an oleh Lu (kiri) serta yang lain pada majlis pembukaan sesi persekolah­an baharu di Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong, kelmarin.
TERUSKAN USAHA: Lau (dua kiri) menyampaik­an insentif kepada seorang pelajar sambil diperhatik­an oleh Lu (kiri) serta yang lain pada majlis pembukaan sesi persekolah­an baharu di Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia