Utusan Borneo (Sarawak)

PPKS/i-CATS pelawa pelajar mohon bagi kemasukan Januari

-

MIRI: Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) kini mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memohon bagi kemasukan Januari bagi beberapa kursus yang ditawarkan.

Pegawai Pemasarann­ya Derell Ladi berkata antara kursus yang ditawarkan bagi kemasukan Januari ialah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Mekatronik Tahap 2, Diploma Pentadbira­n Perniagaan dan Diploma Pengurusan Perladanga­n.

“Syarat kemasukan bagi program SKM Mekatronik ialah lulus tingkatan lima dan dapat menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

“Manakala syarat bagi Di- ploma Pentadbira­n Perniagaan pula ialah lulus SPM dan memperoleh tiga kredit dalam mana-mana mata pelajaran.

“Sementara bagi Diploma Pengurusan Perladanga­n pula ialah lulus SPM dan mendapat sekurang- kurangnya tiga kredit termasuk subjek Sains,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Mereka yang berminat perlu membawa salinan kad pengenalan, sijil berhenti sekolah, keputusan SPM dan gambar berukuran pasport tiga keping.

PPKS/i-CATS Miri akan mengadakan pendaftara­n pelajar pada 8 Januari bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Namun, menurut Derell pendaftara­n masih dibuka sehingga hujung bulan Januari dan boleh hadir ke kampus PPKS/i-CATS Miri di Lutong.

“Pada tarikh yang sama turut diadakan temu duga terbuka bagi program Sijil Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik dan BTEC Higher National Diploma ( HND) Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik untuk kemasukan sesi Februari.

“Selain itu, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pengeluara­n Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) disediakan. Bagi pelajar dari luar Miri pula kami ada menyediaka­n kemudahan tempat tinggal,” katanya.

Pelajar yang berminat boleh menghubung­i Derell menerusi talian 014-8988862 atau 085-622184 atau layari www. ppks.edu.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia