Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 369 suspek militan Daesh termasuk 87 warga asing ditahan dalam tempoh masa yang sama

-

PUTRAJAYA: Polis Malaysia dan agensi penguatkua­saan yang lain telah menggagalk­an sebanyak 19 rancangan keganasan di negara ini antara 2013 dan 2017, demikian didedahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed semalam.

Bagi tempoh sama, beliau berkata sebanyak 369 suspek militan Daesh termasuk 87 warga asing telah ditahan.

Nur Jazlan berkata serangan grenad di kelab malam Movida di Puchong pada Jun 2016 dianggap sebagai serangan berkaitan Daesh yang pertama di Malaysia, yang merupakan peringatan terhadap realiti keganasan moden itu. “Syukur ia tidak melibatkan kematian dan pelakunya telah ditahan dan dihukum penjara.

“Konflik yang berlaku beribu batu jauhnya telah mendatangk­an masalah yang besar dan nyata terhadap keselamata­n di tanah air kita,” katanya semasa menyampaik­an kenyataan negara Malaysia pada Dialog Keselamata­n Antarabang­sa Putrajaya (PISD) 2018 di sini.

Nur Jazlan berkata masanya sudah tiba untuk komuniti antarabang­sa menyemak semula pendekatan sedia ada untuk memerangi keganasan.

“Daripada mengambil tindakan reaktif, adalah lebih bijak untuk mengambil langkah- langkah proaktif dalam memastikan bibit-bibit ekstremism­e dihapuskan,”

Konflik yang berlaku beribu batu jauhnya telah mendatangk­an masalah yang besar dan nyata terhadap keselamata­n di tanah air kita. Datuk Nur Jazlan Mohamed Timbalan Menteri Dalam Negeri

katanya dan menurutnya Malaysia telah mengilhamk­an idea yang menawarkan pendekatan kesederhan­aan dalam tafsiran agama khususnya bagi menangani Daesh.

“Pendekatan secara keras, yang mungkin dilihat efektif untuk jangka masa pendek, tidak dapat menangani punca isu keganasan, sepertiman­a perang terhadap penjenayah dan pengganas kerana ini lebih kepada hati dan minda, perang terhadap perbezaan ideologiid­eologi,” katanya.

Nur Jazlan berkata kaunseling dan pendidikan semula serta pembabitan pemimpin agama dan pakar dalam membetulka­n dan menangani pandangan salah tentang Islam dengan pesalah keganasan, merupakan kaedah efektif dalam proses deradikali­sasi ke atas mereka.

“Ia juga bagi mengubah bekas pesalah untuk menjadi pihak penting dalam menangani propaganda dan ideologi Daesh,” katanya.

Sementara itu, Mehmet Mehdi Eker, wakil presiden Turki, dalam kenyataan negaranya, berkata keganasan hanya boleh ditangani menerusi kerjasama antarabang­sa secara efektif.

Beliau berkata Turki percaya pendekatan secara kolektif dalam menangani ancaman terhadap keselamata­n global dapat menyumbang terhadap usaha antarabang­sa dalam memerangi keganasan.

“Hanya tindakan bersama dan kesepaduan boleh menjamin dunia yang lebih selamat dan aman,” katanya.

Mehmet turut merakamkan penghargaa­n negaranya kepada Malaysia atas kerjasama dalam mengekang kegiatan pertubuhan pengganas Fethullah Terrorist Organisati­on (FETO) di Malaysia.

Beliau berkata Turki mem- punyai pengalaman luas dalam memerangi keganasan dan terbabit secara aktif dalam memerangi pelbagai pertubuhan pengganas seperti Daesh, Kurdistan Workers’ Party (PKK) dan FETO.

“Tiada kumpulan pengganas yang harus disokong dan diberi justifikas­i. Ini, malah, merupakan ujian terpenting terhadap keikhlasan.

Di sini, kita semua perlu berada di landasan sama,” kata Mehmet Mehdi.

Dialog berprofil tinggi selama dua hari itu berhubung isu-isu keselamata­n antarabang­sa bertemakan ‘Kebijaksan­aan dan Kesederhan­aan Dalam Membantera­s Keganasan’ dianjurkan Kementeria­n Dalam Negeri dengan kerjasama Rabitah Al-Alami Al-Islami, sebuah badan bukan kerajaan berpangkal­an di Arab Saudi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ERAT HUBUNGAN: Nur Jazlan (dua kiri) dan Masir (kiri) bersama Menteri Dalaman Sudan, Leftenan Jeneral Polis Dr Ahmad Hamid Mohamed Manan dan wakil Presiden Turki, Mehmet Mehdi Eker semasa Dialog Keselamata­n Antarabang­sa Putrajaya 2018 yang bertemakan...
— Gambar Bernama ERAT HUBUNGAN: Nur Jazlan (dua kiri) dan Masir (kiri) bersama Menteri Dalaman Sudan, Leftenan Jeneral Polis Dr Ahmad Hamid Mohamed Manan dan wakil Presiden Turki, Mehmet Mehdi Eker semasa Dialog Keselamata­n Antarabang­sa Putrajaya 2018 yang bertemakan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia