Utusan Borneo (Sarawak)

Polis lengkapkan siasatan pencuri terbunuh di Ulu Tiram

-

JOHOR BAHRU: Polis sedang melengkapk­an siasatan berhubung kejadian seorang pencuri yang terbunuh dalam pergelutan bersama pemilik rumah yang dimasukiny­a di Ulu Tiram, dekat sini, petang Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinai­n Jais berkata siasatan kini ke atas pemilik rumah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, kes itu juga disiasat bersama Seksyen 99 Kanun Keseksaan terhadap pemilik rumah untuk memastikan haknya dalam mempertaha­nkan diri, nyawa dan harta.

“Siasatan sedang dilengkapk­an untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Rakya untuk keputusan.

Mayat si mati ( pencuri) telah dituntut oleh kakaknya pada jam 3 petang semalam (kelmarin),” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang Rabu, lelaki yang dipercayai pencuri itu ditemui mati dalam keadaan terbaring akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan.

Sebelum itu, lelaki itu dikatakan memasuki rumah berkenaan melalui tingkap tandas belakang bersebelah­an dapur sebelum bertindak memecahkan pintu bilik utama.

Dia kemudian turut mengugut pemilik rumah dengan menggunaka­n pemutar skru untuk menyerahka­n barangan berharga, selain bertindak menggeleda­h bilik kedua dan ketiga rumah berkenaan serta memaksa mangsa membuka pintu dapur untuk melarikan diri.

Namun, ketika hendak melarikan diri, pemilik rumah dilaporkan sempat mencapai sebilah pisau pemotong sayur berukuran 22 sentimeter dan mengarahka­n pencuri memulangka­n semula barangan miliknya tetapi lelaki itu enggan lalu berlaku pergelutan di antara mereka.

Hasil siasatan awal mendapati pencuri berkenaan mempunyai 14 rekod jenayah lampau termasuk kes dadah dan polis menemui dompet, wang tunai berjumlah RM730, cincin emas dan telefon bimbit jenis Motorola di dalam kocek seluar suspek.

Pemilik rumah itu kini direman selama tujuh hari sehingga 10 Jan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia