Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat lelaki tanpa kepala ditemui berulat di Bukit Tengah

-

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki yang sudah berulat ditemui dalam keadaan mengerikan di kawasan Lorong Perindustr­ian Bukit Minyak 19, Bukit Tengah di sini, kelmarin.

Mayat lelaki tanpa sebarang identiti itu ditemui oleh seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumka­n ke- jadian berkenaan kepada polis kira-kira jam 6.30 petang.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Shahrul, 20, berkata beliau terhidu bau busuk di kawasan itu sebelum melihat ke dalam longkang dan mendapati terdapat mayat di situ.

“Pada mulanya saya menyangka ia bau bangkai haiwan, namun selepas melihat rupa-rupanya ia mayat tanpa kepala di dalam longkang itu, saya sangat terkejut dan terus hubungi polis,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, sumber polis berkata mayat tanpa kepala serta telah berulat itu ditemui di bawah timbunan sampah dan setakat ini tiada sebarang pengenalan diri bersamanya.

Sumber itu berkata polis masih menyiasat identiti mangsa dan tidak menolak kemungkina­n lelaki itu mangsa pembunuhan.

“Lelaki itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan longkang tersebut dan polis masih menjalanka­n siasatan lanjut termasuk mengenal pasti motif kejadian,” katanya.

Beliau berkata berdasarka­n pemeriksaa­n awal, beberapa organ dalaman mangsa juga telah tiada dan dipercayai pembunuhan berkenaan dilakukan oleh pihak yang mahir berdasarka­n cara potongan bahagian leher mayat tersebut.

Katanya, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia