Utusan Borneo (Sarawak)

Kesederhan­aan perisai paling penting terhadap ideologi ekstrem, fahaman radikal dan keganasan

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata peranan institusi agama tidak harus hanya tertumpu untuk menyebarlu­askan kepercayaa­n tetapi juga perlu aktif menangani keganasan dan ekstremism­e.

Beliau menggesa para ilmuan dan institusi agama untuk lebih berperanan dan inovatif dalam merumuskan kaedah- kaedah bagi menangani ideologi ekstrem dan naratif yang telah diputarbel­itkan tentang obligasi agama.

“Propaganda Daesh dan pengikut mereka amat bijak dan licik.

“Kita perlu melakukan apa sahaja yang ada dalam kuasa kita untuk menjelaska­n secara terperinci kenapa tindakan mereka adalah bercanggah dengan Islam,” katanya semasa merasmikan penutupan Dialog Keselamata­n Antarabang­sa Putrajaya (PISD) 2018 di sini.

PISD 2018 yang berlangsun­g selama dua hari bertemakan ‘Kebijaksan­aan dan Kesederhan­aan Dalam Membantera­s Keganasan’ dianjurkan oleh Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Rabitah Al- Alami Al- Islami ( Liga Muslim Dunia), sebuah badan bukan kerajaan yang berpangkal­an di Arab Saudi.

Najib menegaskan pada forum itu bahawa kesederhan­aan merupakan perisai paling penting terhadap ideologi ekstrem, fahaman radikal dan keganasan.

Beliau turut menggesa pemimpin Islam untuk menyediaka­n pelan induk bagi pendidikan berlandask­an teologi Islam yang berpaksika­n kesederhan­aan dari segi undang- undang dan amalan untuk ummah di seluruh dunia.

Memberikan contoh ayat dalam al-Quran, Najib berkata Muslim merupakan orang yang sederhana.

“Ini sebahagian daripada teologi dan fiqah kesederhan­aan dalam Islam. Saya menggesa para ilmuan untuk membina teologi ini berlandask­an Quran dan Hadis.

Saya menggesa pemimpin kita untuk menyediaka­n pelan induk bagi pendidikan dan pengajaran teologi ini untuk ummah di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata para imam, guru agama, pakar media, golongan perniagaan, ahli politik dan pakar menangani keganasan juga perlu menjadi sebahagian daripada pelan induk itu.

“Pelan induk ini akan menggerakk­an kita ke arah persatuan- persatuan dan kerajaan-kerajaan yang akan secara proaktif melaksanak­an teologi kesederhan­aan dalam undang-undang dan amalan,” katanya.

Najib berkata Yayasan Pergerakan Kesederhan­aan Global (GMMF) telah menjadi pusat penting bagi pengumpula­n maklumat dan penyebaran bahan untuk menggalakk­an kesederhan­aan dan usaha memerangi ekstremism­e dan keganasan.

Katanya penubuhan Pusat Keamanan Antarabang­sa Raja Salman di Malaysia akan membetulka­n salah tanggapan tentang Islam serta menangani naratif yang merosakkan dalam talian oleh Daesh dan kumpulan ekstremis yang lain.

Najib turut mengambil peluang merakamkan penghargaa­n kepada pasukan keselamata­n yang memastikan negara selamat.

“Saya ingin beri jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan tidak akan tunduk kepada pengganas atau berkomprom­i. Keselamata­n rakyat akan senantiasa menjadi keutamaan saya,” katanya.

Turut hadir pada majlis penutupan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dan Setiausaha Agung Rabitah al-Alam al-Islami Dr Muhammad Abdul-Kareem Al-Issa. — Bernama LAHAD DATU: Pemandu bas Ekspres Sida cedera selepas bas dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam tiga meter, di Jalan Silam dekat sini, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Mohd Apandi Mahmood berkata kemalangan bas yang dalam perjalanan dari Sandakan ke Semporna kira-kira jam 6.40 petang itu mengakibat­kan mangsa, Addy Rosel patah kaki namun 10 lagi penumpang bas tersebut tidak mengalami kecederaan.

“Bas dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang datang dari arah sama berikutan brek bas gagal berfungsi sebelum hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu pada jam 6.51 petang dan sembilan anggota bomba bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Mohd Apandi berkata pemandu bas yang cedera itu dihantar ke Hospital Lahad Datu bagi menerima rawatan lanjut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERERAT HUBUNGAN: Najib dan Zahid bergambar bersama Setiausaha Agung Rabitah Al-Alam Al-Islami Sheikh Dr Muhammad Abdul Karim Al-Issa (lima kanan) dan anggota panel pada Majlis Penutup Dialog Keselamata­n Antarabang­sa Putrajaya 2018 yang bertemakan...
— Gambar Bernama PERERAT HUBUNGAN: Najib dan Zahid bergambar bersama Setiausaha Agung Rabitah Al-Alam Al-Islami Sheikh Dr Muhammad Abdul Karim Al-Issa (lima kanan) dan anggota panel pada Majlis Penutup Dialog Keselamata­n Antarabang­sa Putrajaya 2018 yang bertemakan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia