Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM terima senarai nama bakal calon PRU untuk disaring

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima senarai nama calon daripada beberapa parti politik yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke- 14 (PRU14), kata Ketua Pesuruhjay­anya Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Tanpa mendedahka­n nama parti politik berkenaan, beliau berkata senarai nama itu diberikan untuk disaring bagi memastikan calon mereka bebas rasuah atau salah guna kuasa.

“Ada (parti) yang telah serah nama dan ada yang belum, yang telah disaring kita akan beri jawapan kepada parti.

Ini proses sukarela dan tiada paksaan dibuat ... ia untuk memberi keyakinan kepada rakyat terhadap calon yang dikemukaka­n untuk menjadi wakil rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Baru Cina di Wisma MCA di sini semalam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Dalam perkembang­an lain, Dzulkifli berkata SPRM sedang meneliti maklumat baharu yang diberi Parti Cinta Malaysia (PCM) kepada badan antirasuah itu kelmarin mengenai projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

“Jika maklumat itu mempunyai asas kita akan buka kertas siasatan dan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, Wee berkata imej bersih JKKK adalah sangat penting kerana mereka mewakili kerajaan di peringkat akar umbi.

Pada majlis itu, kira-kira 700 pemimpin Kampung Baru Cina terdiri daripada Pegawai Kemajuan Perkampung­an dan barisan pegawai JKKK menandatan­gani IBR berkenaan. — Bernama KUALA LUMPUR: GERAKAN dan MCA tidak mengamalka­n kaedah ‘zero-sum game’ iaitu siapa menang dia berkuasa tetapi sebaliknya sinergi mereka berkonsepk­an situasi menang-menang yang memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia terutama masyarakat Cina, kata Presiden GERAKAN Datuk Mah Siew Keong.

Bercakap sempena perhimpuna­n bersama MCAGERAKAN yang julung kali diadakan di sini semalam, beliau berkata GERAKAN dan MCA juga merupakan saudara seperjuang­an dalam misi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Penerimaan mentaliti ‘zerosum game’ tidak memberi manfaat kepada sesiapa kecuali pembangkan­g yang bergantung kepada perbezaan pendapat kami untuk meraih kelebihan.

“Selepas perhimpuna­n hari ini, kami menganggap satu undi bagi MCA adalah undi untuk GERAKAN dan begitu juga sebaliknya yang akan membawa manfaat yang tidak terhingga kepada semua rakyat Malaysia,” katanya pada perhimpuna­n bersejarah MCA-GERAKAN di Wisma MCA di sini semalam.

Oleh itu, beliau juga memberi jaminan GERAKAN akan memberi sokongan penuh kepada calon MCA yang bertanding pada PRU14 dan mana-mana anggota parti yang didapati mensabotaj calon MCA akan dikenakan tindakan disiplin yang ketat.

Bertemakan ‘Teguh Bersama’, perhimpuna­n bersejarah itu dihadiri kira-kira 2,500 orang termasuk pemimpin tertinggi parti dan anggota akar umbi daripada keduadua parti, bertujuan menunjukka­n perpaduan parti dan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRU14.

Mah berkata perhimpuna­n bersama itu juga menaikkan lagi semangat anggota untuk penyelesai­an secara bersama serta membuktika­n hubungan antara GERAKAN dan MCA tidak pernah sebaik ini dan ia telah mencapai tahap tertinggi dan terpuji.

“Masa sudah tiba bagi kami untuk bersatu jadi kami dapat menyatukan masyarakat Cina. Sudah tiba masanya untuk kami mengetepik­an perbezaan kami dan bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum, kerana ia akan menentukan masa depan dan hala tuju negara,” katanya.

Sementara itu, bercakap pada platform yang sama, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau optimis perkongsia­n antara MCA dan GERAKAN untuk menghadapi PRU14 akan menghasilk­an lebih banyak kerjasama pada masa depan untuk meningkatk­an taraf hidup rakyat Malaysia.

“Perhimpuna­n MCA-GERAKAN bertemakan ‘Teguh Bersama’ semalam adalah untuk mengisytih­arkan MCA dan GERAKAN dapat bersatu padu demi pembanguna­n negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SATU HATI: Liow (tiga kiri) bersama Mah (tiga kanan) mengangkat tangan selepas melafazkan ikrar pada Perhimpuna­n Teguh Bersama GERAKAN-MCA di Wisma MCA, semalam.
— Gambar Bernama SATU HATI: Liow (tiga kiri) bersama Mah (tiga kanan) mengangkat tangan selepas melafazkan ikrar pada Perhimpuna­n Teguh Bersama GERAKAN-MCA di Wisma MCA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia