Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan nafi kecemerlan­gan taraf pendidikan tinggi negara: Idris

-

BESUT: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh semalam menegaskan sesiapa pun sama ada pihak di dalam atau luar negara tidak boleh menafikan bahawa taraf pendidikan tinggi di negara ini telah meningkat dan bertambah baik.

Beliau berkata melalui usaha yang dilakukan, kualiti dan sistem pendidikan tinggi negara mula diiktiraf oleh beberapa negara maju yang pada satu ketika dahulu pernah mendahului Malaysia dalam bidang pendidikan tinggi.

“Prestasi pendidikan universiti negara terbukti baik dan dikagumi banyak negara termasuk Australia apabila lima universiti penyelidik mendapat tempat daripada lapan universiti terbaik di Asia pada tahun lepas,” katanya kepada media selepas menandatan­gani plak Rumah Komuniti yang ke- 174 di Kampung Tok Has, Jertih semalam.

Nama Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia ( USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini mula menjadi buah mulut rakyat di luar negara melalui prestasi pendidikan yang berjaya mereka laksanakan sejak dua tahun kebelakang­an ini.

Sehubungan itu, Idris yang juga Ahli Parlimen Besut meminta rakyat Malaysia supaya turut memberi sokongan kepada universiti di negara ini dengan memberi keutamaan dalam menghantar anak- anak mereka belajar dalam pelbagai bidang yang disediakan.

Katanya, rakyat hendaklah sedar dan memberikan sokongan dengan menghindar­kan diri daripada dibelenggu berita-berita palsu atau penafian yang diterbitka­n dalam media-media sosial tentang prestasi pusat-pusat pengajian tinggi yang sedang beroperasi di dalam negara.

Berita- berita yang tular dengan mengatakan Malaysia telah ‘membayar’ untuk mendapatka­n kedudukan (ranking) adalah tidak benar kerana penilaian bagi sesebuah universiti itu telah dilakukan oleh badan-badan profesiona­l secara saintifik dan bukan direka-reka atau diambil daripada punca yang tidak sahih.

“Kalau betul untuk mendapatka­n ranking, sesebuah universiti terpaksa ‘membayar’ bermakna universiti Oxford atau Universiti of Cambridge termasuk University of Singapore dan Universiti Hong Kong juga melakukann­ya?” soal Idris.

Idris seterusnya meminta rakyat supaya dapat mengikuti berita- berita baik dan mengelakka­n diri daripada tertipu dengan berita-berita pembohonga­n yang semakin banyak dalam media sosial.

Pada majlis itu, Idris yang telah menandatan­gani plak penganuger­ahan Rumah Komuniti ke-147 kepada ibu tunggal Wan Rusliza Wan Sulaiman, 46. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Idris (dua kiri) bergambar bersama penerima Rumah Komuniti yang ke-174, Wan Rusliza Wan Sulaiman (tiga kiri) di Kampung Tok Has, Jertih, kelmarin.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Idris (dua kiri) bergambar bersama penerima Rumah Komuniti yang ke-174, Wan Rusliza Wan Sulaiman (tiga kiri) di Kampung Tok Has, Jertih, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia