Utusan Borneo (Sarawak)

Majikan bertanggun­gjawab sediakan persekitar­an kerja selamat

-

KUALA LUMPUR: Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) semalam menggesa majikan untuk menunjukka­n komitmen mereka terhadap keselamata­n dan kesihatan pekerjaan, yang mana tanggungja­wab keseluruha­n dalam menyediaka­n persekitar­an kerja yang sihat dan selamat terletak pada bahu mereka.

Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye berkata ini boleh dilakukan dengan mewujudkan dan mengekalka­n budaya keselamata­n dan kesihatan yang menangani prinsip pencegahan, identifika­si bahaya, penilaian dan kawalan risiko serta maklumat dan latihan.

Beliau berkata pekerja, sebaliknya, mempunyai peranan untuk beker- jasama dengan majikan mereka dalam melaksanak­an program keselamata­n dan kesihatan pekerjaan kerana sudah tiba masanya majikan dan pekerja memberi komitmen sepenuhnya terhadap keselamata­n di tempat kerja.

“Mereka harus mematuhi prosedur dan arahan lain yang direka untuk melindungi mereka dan orang lain yang berada di tempat kerja daripada terdedah kepada bahaya pekerjaan...ia harus ditekankan dan tidak ada kompromi.

“Semua kemalangan dan penyakit berkaitan pekerjaan boleh dicegah sekiranya mempunyai pandangan jauh, perancanga­n, organisasi dan komitmen untuk mengenal pasti bahaya, menilai risiko dan men- gambil tindakan sebelum kemalangan terjadi atau menghidapi penyakit,” katanya dalam kenyataan.

Lee berkata hakikat bahawa kejadian tanah runtuh sering berlaku berikutan kegagalan menjadikan budaya penyelengg­araan dan keselamata­n sebagai satu gaya hidup.

“Apabila bangunan runtuh atau alam sekitar tercemar atau kematian berlaku di tempat kerja, kita bertanggun­gjawab, kita tidak boleh menyalahka­n sifat atau alatan kerja... kita perlu sedar bahawa sebarang tindakan yang menyebabka­n degradasi atau kemusnahan alam sekitar akan membawa kesan buruk,” katanya.

Lee berkata kemalangan maut yang sering berlaku di jalan raya dan lebuh raya melibatkan pengangkut­an awam dan kenderaan persendiri­an juga menunjukka­n lebih banyak langkah perlu dilakukan untuk meningkatk­an keselamata­n di jalan raya dan sikap pengguna.

Beliau berkata sejak bertahun-tahun, kerajaan telah membelanja­kan berbilion ringgit untuk pembanguna­n tetapi apa yang dikesali ialah kekurangan penyelengg­araan.

“Ini perlu diperbetul­kan dan setiap usaha mesti dilakukan untuk menyemai budaya penyelenga­raan dan keselamata­n...dan mereka yang bertanggun­gjawab sepatutnya tidak mengelak daripada melakukan tugasan mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia