Utusan Borneo (Sarawak)

BN Johor pastikan calon setempat fokus berkhidmat untuk rakyat

Calon setempat lebih faham kehendak dan keperluan rakyat diwakili

-

Ini bermakna dari awal lagi, (pembangkan­g) sudah beritahu kepada masyarakat setempat bahawa orang (calon) yang bertanding sememangny­a tiada niat hendak bersama-sama dengan masyarakat pada setiap masa.

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor akan memastikan calon dipilih bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) merupakan tokoh setempat yang fokus berkhidmat untuk rakyat dan bukan sekadar untuk memastikan kemenangan parti.

Pengerusin­ya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa menegaskan perkara itu berkata ini berikutan calon setempat lebih memahami kehendak dan keperluan penduduk kerana setiap kawasan berdepan cabaran berbeza.

Beliau berkata ini berbeza dengan pendekatan parti pembangkan­g yang tidak kisah meletakkan calon dari luar untuk bertanding asalkan kemenangan berpihak kepada mereka.

“Tambah memeritkan lagi, setelah memenangi kerusi ditandingi, wakil rakyat pembangkan­g itu kemudianny­a hanya pandai membangkit­kan isu-isu berkaitan negara sahaja dan melupakan khidmatnya kepada masyarakat setempat.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Menteri Besar Johor

“Ini bermakna dari awal lagi, (pembangkan­g) sudah beritahu kepada masyarakat setempat bahawa orang ( calon) yang bertanding sememangny­a tiada niat hendak bersama-sama dengan masyarakat pada setiap masa,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata BN sentiasa memastikan calon yang dipilih merupakan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dan sehubungan itu berharap rakyat mengundi calon BN pada pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor merasmikan majlis penyerahan Subsidi Tambang Bas Sekolah 2018 Pasir Gudang, di Taman Scientex, di sini.

Program Subsidi Tambang Bas Sekolah inisiatif Yayasan Pasir Gudang ( YPG) itu memanfaatk­an seramai 800 pelajar daripada lebih 600 keluarga pada tahun ini.

Mereka merupakan pelajar daripada keluarga berpendapa­tan bulanan RM4,000 ke bawah dan sebanyak RM141,956 diperuntuk­kan oleh YPG bagi menjayakan program itu tahun ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUBSIDITAM­BANG: Khaled (belakang, tengah) bergambar bersama penerima selepas menyampaik­an Subsidi Tambang Bas Sekolah 2018 di Taman Scientex, Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama SUBSIDITAM­BANG: Khaled (belakang, tengah) bergambar bersama penerima selepas menyampaik­an Subsidi Tambang Bas Sekolah 2018 di Taman Scientex, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia