Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga lega nelayan bakal dibebaskan

-

SUNGAI BESAR: “Saya rasa lega akhirnya selepas dua tahun ditahan di Indonesia, saya akan dapat berjumpa dengan abang sepupu saya. Selepas ini, tidak perlulah saya menghubung­inya menerusi telefon setiap bulan untuk mengetahui khabarnya.”

Demikian luahan Chia Jui Leng, 46, mengenai abang sepupunya, Chia Kee Chan, 50, seorang nelayan, yang bakal dibebaskan dalam masa terdekat selepas ditahan di Indonesia kerana menceroboh perairan negara itu.

Jui Leng berkata, kali terakhir beliau berjumpa dengan Kee Chan secara peribadi adalah pada April 2016 ketika beliau terbang sendiri ke Penjara Labuhan Deli, Medan, Indonesia untuk menemui abang sepupunya itu.

“Beliau yang sedang menjalani hukuman penjara memberitah­u saya bahawa ada beberapa botnya hilang ketika pihak berkuasa Indonesia menahannya pada Mac 2015 dan mahu ia diserahkan semula kepadanya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sebuah restoran di Sekinchan, di sini semalam.

Jui Leng, yang juga seorang nelayan berpangkal­an di Sekinchan selama hampir 40 tahun berkata, pembebasan abang sepupunya itu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada keluargany­a yang bergantung kepada hasil pendapatan Kee Chan sebagai nelayan.

“Saya ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebab memperjuan­gkan pembebasan abang sepupu saya,” katanya.

Kee Chan adalah antara enam nelayan warganegar­a Malaysia yang ditahan di Indonesia kerana menceroboh perairan negara itu dan dijangka dibebaskan dalam tempoh terdekat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika mengumumka­n perkara itu kelmarin berkata, persetujua­n untuk membebaska­n nelayan kedua-dua negara itu dicapai Najib dan Presiden Indonesia, Joko Widodo semasa Rundingan Tahunan ke- 12 Malaysia- Indonesia pada November lepas.

Harapan Jui Leng supaya abang sepupunya dapat pulang secepat mungkin ke tanah air bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina bersama keluarga Februari ini.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi sebab banyak memperjuan­gkan pembebasan abang sepupu saya,” tambahnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Azeez bersama Reezal bergambar dengan penerima- penerima sumbangan persekolah­an dalam kawasan Parlimen Kepala Batas pada Program ‘Happy To School’ di Institut Latihan Perindustr­ian Kepala Batas, semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Azeez bersama Reezal bergambar dengan penerima- penerima sumbangan persekolah­an dalam kawasan Parlimen Kepala Batas pada Program ‘Happy To School’ di Institut Latihan Perindustr­ian Kepala Batas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia