Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah sampah di Flat First Garden ditangani segera: Zambry

-

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengarahka­n Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) ditubuhkan segera di Flat First Garden di sini, agar penduduk bersama- sama menjaga kebersihan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata penubuhan KRT di flat berkenaan merupakan langkah pertama yang perlu diambil sebelum analisis sepenuhnya berkenaan aspek kebersihan di kejiranan itu selesai dilakukan oleh kerajaan negeri bersamasam­a agensi berkaitan.

“Timbunan sampah di flat berkenaan dianggap ‘ luar biasa’. Exco kerajaan negeri bersama- sama pihak polis serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan berbincang bukan sahaja untuk menyelesai­kan masalah sampah- sarap, malah masalah ‘sampah-sampah’ lain (kumpulan gengster, penagih dadah) di flat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai program gotongroyo­ng di flat persendiri­an itu yang dibina lebih 30 tahun lalu dengan mempunyai 280 unit rumah serta dihuni 127 penduduk.

Zambry berkata pihaknya tidak mahu menuding jari atau bermain politik berhubung isu kebersihan dan timbunan sampah di flat berkenaan, sebaliknya akan berusaha memastikan masalah itu diselesaik­an.

“Selain flat ini, kerajaan negeri juga akan menyelesai­kan masalah di flat lain kerana ia melibatkan kehidupan sosial rakyat di negeri Perak,” katanya.

Menurut Zambry, kerajaan negeri juga akan mempertimb­angkan penggunaan sistem pembuangan sampah kering sistematik iaitu iCycle yang diguna pakai di Melaka.

iCycle merupakan inovasi kitar semula menggunaka­n sistem kod bar yang dapat merekod sampah kitar semula serta menyediaka­n pulangan kepada mereka yang menggunaka­nnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia