Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain baharu Liverpool itu menjaringk­an gol kemenangan lewat pada aksi Piala FA menentang Everton di Anfield

-

LIVERPOOL: Virgil van Dijk menjaringk­angolkemen­angan lewat yang dramatik dalam penampilan sulungnya ketika Liverpool mencatatka­n kemenangan 2-1 ke atas Everton dalam perlawanan Piala FA tetangga Merseyside yang hangat di Anfield.

Liverpool mendahului 10 pada waktu rehat selepas James Milner menyempurn­akan tendangan penalti tetapi Everton seakan-akan sudah membawa pertanding­an ke perlawanan ulangan apabila Gylfi Sigurdsson menyamakan kedudukan pada pertengaha­n separuh masa kedua.

Namun Van Dijk, yang menjadi pemain pertahanan paling mahal di dunia ketika dia menyertai pasukan The Reds dari Southampto­n, menanduk bola ke dalam gawang enam minit sebelum tamat dalam pertemuan ke-230 di antara kedua-dua kelab.

“Malam yang hebat sekali,” kata pemain pertahanan Belanda itu. “Ia memang wajar sepenuhnya, ia rasa menakjubka­n untuk berada di luar sana, gol itu sangat istimewa bagi saya dan keluarga saya.

“Bermain di Anfield untuk Liverpool adalah satu impian bagi setiap pemain. Untuk menjaringk­an gol adalah lebih istimewa lagi.”

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp menurunkan Van Dijk, pemain termahal bernilai 75 juta pound (RM412.5 juta), buat pertama kali apabila dia memilih barisan kesebelasa­n utama yang mungkin paling kuat, berbanding keputusan seri 1-1 dalam Liga Perdana Inggeris yang dicapai oleh kedua- dua pasukan pada Disember lepas.

Pemain tengah Brazil Philippe Coutinho sekali lagi tidak dapat diturunkan kerana cedera paha ketika spekulasi terus meningkat mengenai masa depannya ekoran minat daripada Bar- Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala FA Pusingan Ketiga di antara Liverpool dan Everton di Anfield. celona, manakala penjaring terbanyak Mohamed Salah tidak dapat bermain kerana masalah pangkal paha.

Everton, yang mengesahka­n penjualan pemain tengah Ross Barkley kepada Chelsea beberapa jam sebelum perlawanan, turut bermain pada kekuatan sepenuhnya.

Suasana di kalangan penonton gemeresik dan di atas padang, suasana juga hangat. Wayne Rooney membentes Joe Gomez pada awal perlawanan dan dilayangka­n kad kuning.

Bagaimanap­un peluang sedikit sekali pada babak pertama yang didominasi Liverpool.

Kebuntuan dipecah lima minit selepas setengah jam apabila Liverpool diberikan tendangan penalti oleh pen- gadil Bobby Madley.

Pemain pertahanan Everton, Mason Holgate, menggunaka­n tangannya ke atas Adam Lallana, yang membelakan­gkan gawang di dalam kawasan penalti, dan pemain tengah Liverpool itu jatuh di atas tanah.

Milner tidak membuat kesilapan dengan tendangan penalti apabila dia merembat bola melepasi penjaga gol Everton, Jordan Pickford, dengan yakin.

Klopp berpendapa­t ia bukan tendangan penalti.

“Ia adalah situasi yang sama (dengan tendangan penalti bagi Everton ketika menentang Liverpool pada bulan lepas), yang pertama bukan penalti pada pendapat saya dan yang ini juga bukan,” katanya. “Ia adalah sama. Sentuhan berlaku dan peng a d i l m e n g g u - nakan wiselnya. Situasi yang sama sekali.”

Kemarahan meluap apabila Roberto Firmino ditolak sehingga terjatuh di atas papan iklan oleh

 ?? — Gambar Reuters — Gambar Reuters ?? PAMER DIRI: Van Dijk membuat penampilan sulungnya bersama Liverpool.
— Gambar Reuters — Gambar Reuters PAMER DIRI: Van Dijk membuat penampilan sulungnya bersama Liverpool.
 ??  ?? DETIK CEMAS:
DETIK CEMAS:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia