Utusan Borneo (Sarawak)

Piala FA: Man United benam Derby County 2-0

-

MANCHESTER: Jaringan ajaib terbaharu Jesse Lingard dan usaha lewat pemain gantian Romelu Lukaku menjamin kemenangan 2-0 Manchester United ( MU) ke atas kelab liga Kejuaraan, Derby, pada pusingan ketiga Piala FA kelmarin.

Kedua-dua cubaan, yang dilakukan dalam masa enam minit terakhir, selayaknya dimasukkan ke dalam pakej kemuncak perlawanan Piala FA membabitka­n MU, kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), yang pertama dalam tempoh 13 tahun yang tidak disiarkan secara langsung oleh televisyen.

MU tewas hanya sekali sahaja dalam 35 perlawanan Piala FA mereka pada masa lalu apabila menentang kelab liga bawah tetapi kelihatan bakal mengadakan perlawanan ulangan sebelum Lingard, yang pernah dipinjamka­n kepada pasukan The Rams, dengan gol kelapannya dalam 10 perlawanan, merembat masuk voley yang c a n t i k , dan Lukaku kem u d i a n menambah gol k e d u a s e l e p a s dia meloloskan diri dari garisan tengah padang.

“Saya rasa bahawa kami nyaris menjaringk­an gol dan kami tidak berhenti mencuba,” kata pengurus MU, Jose Mourinho, yang mendakwa liga Kej u a r a a n s e m a k i n mencapai kualiti EPL. “Namun apabila kita melepasi 80 minit dan gol belum dijaringka­n, kita bimbang mengenai perlawanan kedua. Tetapi pasukan kami terus mencuba, jadi saya tahu gol itu akan tiba. “Ia adalah rembatan yang hebat oleh Jesse L i n - gard ke sudut atas, dia berada pada waktu keyak- Lingard meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan itu. Man Utd menang dengan 2-0. inan di mana keadaan berjalan dengan baik untuknya. Dia seorang profesiona­l yang bagus dan budak yang hebat dalam bilik persalinan.” Penyingkir­an dari Piala Liga pada bulan lepas dan defisit 15 mata di belakang Manchester City dalam EPL telah meletakkan kepentinga­n tambahan ke atas pertanding­an ini, dan ia ternyata dengan barisan kuat yang diturunkan oleh Mourinho. Lingard, Paul Pogba dan Marcus Rashford dapat menjaringk­an gol dalam masa 19 minit yang menghiburk­an dan membayangk­an eksekutif televisyen mungkin salah untuk mengetepik­an perlawanan itu. Derby mendapat galakan daripada beberapa larian oleh bekas pemain muda MU, Tom Lawrence, mana- kala Marcus Olsson memaksa Sergio Romero untuk menolak tandukanny­a ke atas palang gol, dan Alex Pearce menanduk bola dari tendangan sudut yang dihasilkan ke tempat duduk penonton di Stretford End.

Pada kali ini, Henrikh Mkhitaryan membuat hantaran sempurna dan Rashford yang tidak dijaga melakukan tandukan dari jarak enam ela yang terkena tiang gol.

Kegagalan menjaringk­an gol seperti itu adalah sebab kenapa Mourinho ragu-ragu untuk menimbangk­annya sebagai penyerang tengah alternatif kepada Lukaku.

Sebelum waktu rehat, masa masih ada untuk penjaga gol pasukan The Rams, Scott Carson, menyelamat­kan dua cubaan, satu tangkapan rutin ke atas satu lagi tandukan Rashford dan satu lagi tampanan bola ke atas palang gol dari tendangan percuma Pogba yang menuju ke sudut atas gawang.

Keadaan seakan-akan tidak memihak kepada MU. Tandukan Lukaku melantun balik dari tiang satu lagi, itu pun selepas bendera ofsaid diangkat, dan Pogba melakukan tendangan yang tersasar dari bola yang melantun balik selepas Carson menangkis cubaan Lingard.

Namun Lingard akhirnya berjaya mengatasi pertahanan pasukan pelawat apabila dia menerima umpanan dari Lukaku untuk melakukan cubaan cantik ke sudut jaring.

Lukaku turut terlibat pada minit ke-90 apabila dia mengawal tendangan jauh oleh Pogba dengan dadanya di tengah padang sebelum melakukan hantaran satu-dua dengan Martial dan menewaskan Carson dengan rembatan kencang untuk memastikan kemenangan. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar Reuters ?? AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala FA di antara Manchester United dan Derby County di Old Trafford. MENYERLAH:
— Gambar AFP — Gambar Reuters AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala FA di antara Manchester United dan Derby County di Old Trafford. MENYERLAH:
 ??  ??
 ??  ?? AGUERO
AGUERO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia