Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola perlu pastikan Aguero sentiasa cergas

-

MANCHESTER: Pep Guardiola berkata dia perlu melindungi Sergio Aguero, satu-satunya penyerang tengah Manchester City yang cergas, dalam masa beberapa minggu akan datang apabila kelab itu merebut kejuaraan dalam empat pertanding­an.

Guardiola cenderung menggilirk­an Aguero dengan Gabriel Jesus pada musim ini untuk memastikan kedua-dua pemain sentiasa segar, tetapi pemain Brazil berkenaan mengalami kerosakan ligamen lutut dalam keputusan seri 0-0 City di Crystal Palace pada 31 Disember lepas dan dijangka tidak akan beraksi sehingga pertengaha­n Februari.

City akan bermain sekurang-kurangnya dalam tujuh perlawanan dalam tiga pertanding­an pada Januari dan Guardiola tidak pasti sama ada Aguero dapat memulakan kesemua perlawanan itu, yang membayangk­an pengurus mungkin akan menurunkan pemain lain untuk mengisi posisi tengah bagi mengurangk­an sedikit tekanan ke atas pemain Argentina itu.

Aguero tidak lagi mengalami masalah hamstring yang kerap menyebabka­nnya tidak dapat bermain sebelum Guardiola mengambil alih pada Julai 2016 tetapi pengurus City itu masih waspada mengenai keletihan.

“Kita ada pilihan lain untuk bermain dalam posisi itu dalam skuad dan sudah tentulah Sergio akan bermain dan bermain, dan bermain, dan kita harap dia dapat menunjukka­n tahap tinggi yang dimilikiny­a kepada kita,” katanya.

“Sudah tentulah kita akan bercakap setiap hari dengannya selepas dan sebelum perlawanan mengenai perasaanny­a, kerana apabila anda ada beberapa perlawanan setiap tiga atau empat hari, anda pasti mahu berehat.”

Bagaimanap­un Guardiola percaya penjaring terbanyak sepanjang zaman City itu sudah meningkat dari segi fizikal sejak 18 bulan lalu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia