Utusan Borneo (Sarawak)

Tevez kembali ke kelab Boca Juniors

-

PARIS: Bekas penyerang Manchester United dan Juventus, Carlos Tevez, menyetujui perpindaha­n balik ke kelab zaman kanak-kanaknya Boca Juniors kelmarin selepas 12 bulan dalam bola sepak China bersama Shanghai Shenhua, pasukan Argentina mengumumka­n.

“Tevez akan pulang! Dia menyertai pasukan pada hari ini dan sudah berlatih bersama rakan sepasukan,” kata Boca dalam pelbagai akaun media sosialnya di sisi gambar pemain itu sedang bersenam dalam gim.

Ia merupakan kali ketiga pemain berusia 33 tahun itu bermain di Boca Juniors.

Dia digambar di gim memakai baju pasukan Boca tetapi kelab itu tidak memaklumka­n nilai perpindaha­n.

Agensi berita Argentina, Telam, sebelum ini menyatakan Tevez sudah berbincang mengenai jersi yang dia akan pakai di kelab Buenos Aires itu – nombor 32.

Tevez menyertai Shenhua pada Januari tahun lepas dengan gaji yang dianggarka­n 730,000 euro (RM3.5 juta) seminggu, menjadikan­nya salah seorang pemain dengan pendapatan paling tinggi di dunia.

Seorang jurucakap bagi Shenhua mengesahka­n kepada AFP kelmarin bahawa kelab itu telah mengadakan rundingan dengan pemain Argentina itu untuk menamatkan kontraknya.

Tevez menjaringk­an hanya empat goal sahaja dalam kejuaraan China pada musim yang dicemari kecederaan di mana dia tidak bermain dalam perlawanan akhir Piala China yang dimenangi pasukannya.

Dia tidak menyertai skuad bagi kedua-dua rangka perlawanan akhir menentang Shanghai SIPG dan terbang balik ke Argentina ketika pasukannya menjulang piala berkenaan.

Tevez, yang sering mendapati ia sukar untuk menyesuaik­an diri di mana- mana sahaja, menyaksika­n masanya di China berakhir. — AFP KEKALKAN PRESTASI: Tevez sedang bersenam dengan rakan sepasukan yang lain di Los Cardales, Buenos Aires Argentina.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia