Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad Spalletti yang menduduki tangga ketiga hanya mampu kutip satu mata di Florence

-

FLORENCE: Giovanni Simeone menjaringk­an gol penyamaan lewat apabila Inter Milan menyaksika­n tempat ketiga mereka dalam Serie A diancam sebelum rehat musim salji dengan keputusan seri 1- 1 yang menghampak­an dengan Fiorentina kelmarin.

Kedua-dua gol pada malam itu dijaringka­n oleh pemain Argentina dengan kapten Inter, Mauro Icardi, yang membuka jaringan selepas 55 minit menerusi bola yang melantun balik selepas Marco Sportiello menyelamat­kan tandukan awalnya.

Namun Simeone merembat masuk gol penyamaan dalam masa kecederaan untuk memastikan pasukan Luciano Spalletti tidak menang dalam lima perlawanan Serie A.

Inter mengutip 42 mata daripada 20 perlawanan, enam mata di belakanmg Napoli yang dapat melebarkan jurang kepada sembilan mata di hadapan pasukan Spalletti dengan kemenangan di stadium sendiri ke atas Verona semalam.

Juara bertahan Juventus juga berada lima mata di hadapan Inter sebelum lawatan mereka ke Cagliari, manakala Roma hanya tiga mata sahaja ketinggala­n di belakang Inter sebelum mereka melayan kunjungan Atalanta.

“Kami kurang kekuatan, semangat sedikit dalam pertarunga­n itu,” kata Spalletti.

“Beberapa situasi tidak memihak kepada kita pada minggu ini, kerana Yuto Nagatomo ada selesema dan Andrea Ranocchia bermain dengan kesakitan pada tulang rusuknya, untuk memberikan yang terbaik dalam keadaan semasa.

“Walaupun Fiorentina layak mendapatka­n gol penyamaan, kami ada peluang untuk menjadikan­nya 2-0. Mereka tidak seimbang dan kami tidak mengambil kesempatan.”

Ranocchia keluar terhencoth­encot dan Spalletti meletakkan Davide Santon di posisi perta- hanan tengah.

“Kami terpaksa menggunaka­n apa yang ada pada kami dan pada pendapat saya, kami kadang-kadang mempamerka­n prestasi yang baik.”

Fiorentina melanjutka­n siri tanpa kalah mereka kepada lapan perlawanan dalam Serie A dan menduduki tempat kelapan dalam liga.

Kelab Tuscany itu mendominas­i perlawanan kebanyakan waktu apabila penyerang Perancis, Cyril Thereau, mensiasiak­an dua peluang, apabila Federico Chiesa dan Simeone juga gagal menjaringk­an gol selepas Samir Handanovic ternyata mantap dalam gawang Inter.

“Kekalahan pasti tidak adil,” kata Simeone, anak bekas bintang Inter Milan, Diego Simeone, selepas cubaannya dari jarak dekat menjamin satu mata.

“Kami cuba menjaringk­an gol sepanjang perlawanan dan mungkin selayaknya mendapat lebih daripada satu mata, tetapi ini dapat membantu kita belajar atau berkembang.”

Terdahulu Chievo menamatkan siri kemenangan Udinese dalam lima perlawanan berturut-turut dengan keputusan seri 1-1 di Verona.

Pasukan Rolando Maran menjaringk­an gol pendahulua­n awal menerusi Ivan Radovanovi­c, dan Fabrizio Cacciatore menyaksika­n gol kedua dibatalkan kerana ofsaid sebelum Nenad Tomovic menghadiah­kan pasukan pelawat dengan gol sendiri sejurus sebelum waktu rehat. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BERTEMBUNG: Antara babak-babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara Fiorentina dan Inter Milan di Stadio Artemio Franchi.
— Gambar Reuters BERTEMBUNG: Antara babak-babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara Fiorentina dan Inter Milan di Stadio Artemio Franchi.
 ??  ?? TOSUN
TOSUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia