Utusan Borneo (Sarawak)

Tosun sarung jersi Everton

-

LONDON: Everton mengumumka­n pembelian penyerang Turki, Cenk Tosun, dengan kontrak selama empat setengah tahun yang dilaporkan bernilai 27 juta pound (RM148.5 juta) kelmarin.

Penyerang itu, yang menjaringk­an 41 gol dalam 96 perlawanan Liga Super Turki sejak permulaan musim 2014- 15, berkata pengurus Sam Allardyce merupakan faktor penting dalam keputusann­ya untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Ia rasa hebat untuk menjadi seorang pemain Everton,” kata Tosun kepada evertontv.

“Saya amat gembira berada di sini adn gembira kerana segalanya sudah selesai. Saya amat teruja untuk bermain bagi Everton secepat mungkin. Everton merupakan sebuah kelab yang hebat denagn sejarah besar dan budaya besar dan saya ingin menunjukka­n kepada penyokong siapa saya sebagai pemain.”

“Sam Allardyce merupakan sebahagian besar dalam keputusan saya,” ujarnya. “Dia kata dia amat memerlukan saya di sini dan untuk mersainya sudah tentulah satu lagi sebab besar untuk datang ke Everton.”

Allardyce teruja selepas dia berjaya mendapatka­n pemain Besiktas itu, yang akan menambah pilihannya di hadapan, di mana mereka kekurangan sejak Romelu Lukaku meninggalk­an kelab itu pada musim panas untuk menyertai Manchester Untied.

“Dia merupakan penyerang nombor satu Turki dan pernah menjaringk­an gol dalam Liga Juara-Juara dan Liga Turki tetapi dia terdesak untuk bermain di sini dalam EPL,”kata pengurus Everton itu.

Tosun, 26, sudah menjaringk­an lapan gol untuk Turki dalam 25 penampilan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia