Utusan Borneo (Sarawak)

Shahrel kekal bersama PKNP FC

-

IPOH: PKNP FC mengesahka­n kapten pasukan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi telah menandatan­gani kontrak lanjutan sehingga 2020 sekali gus akan mengharung­i saingan Liga Malaysia 2018 bersama pasukan itu.

Presidenny­a Datuk Aminuddin Md Desa berkata pengesahan ini juga menamatkan spekulasi berkaitan perpindaha­n pemain itu ke pasukan lain.

“Shahrel Fikri sebelum ini mempunyai kontrak bersama PKNP sehingga 2019 selain merupakan antara pemain yang berkomitme­n tinggi dan berdisplin.

“Penyambung­an kontrak ini juga membuktika­n bahawa beliau mempunyai keazaman tinggi bersama pasukan dan boleh dijadikan contoh kepada pemain-pemain muda di PKNP FC,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sebelum ini, Muhammad Shahrel Fikry pernah meny- uarakan berkemungk­inan beliau meninggalk­an PKNP FC dan bakal beraksi bersama sebuah pasukan yang berpangkal­an di selatan tanah air bagi mengharung­i saingan Liga Malaysia musim depan.

Sementara itu, pengendali PKNP FC Abu Bakar Fadzim berkata beliau gembira dan mahu semua pihak menghormat­i keputusan yang dibuat oleh penyerang kebangsaan itu.

“Mungkin selepas buat banyak perbincang­an dengan pelbagai pihak membuatkan beliau (Shahrel) ambil keputusan untuk terus kekal dengan PKNP. Saya juga agak terkejut namun gembira dengan keputusan yang dibuat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata keputusan itu juga memberi tonik tambahan kepada PKNP FC untuk mengharung­i musim pertama dalam Liga Super 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia