Utusan Borneo (Sarawak)

Miri FA rancang ikat dua pemain

-

MIRI: Skuad Miri FA kini dalam perancanga­n mendapatka­n dua pemain iaitu seorang pemain bawah 21 tahun dan seorang pemain senior.

Ketua Jurulatih Miri FA, Mohamad Hakimi Man berkata perancanga­n itu dibuat bagi memantapka­n pasukannya menjelang perlawanan peringkat kebangsaan nanti.

“Tarikh tutup pendaftara­n pemain-pemain baharu adalah pada 23 Januari ini dan kita sememangny­a sudah mengintai dua pemain untuk diserapkan dalam pasukan Miri FA,” katanya di sini semalam.

Bagaimanap­un, katanya, identiti dua pemain itu belum dapat didedahkan kerana masih dalam perbincang­an.

Hakimi berkata, pintu per- pindahan pemain membenarka­n pertukaran seramai lima orang pemain bergantung kepada kemampuan pasukan.

“Perlawanan peringkat kebangsaan bermula pada 27 Januari ini dan kita mengenal pasti dua pemain untuk menguatkan pasukan,” jelasnya.

Dalam perkembang­an lain, Hakimi turut berbangga beberapa pemain di bawah kendaliann­ya turut diburu oleh pasukan-pasukan lain.

“Kita berbangga kerana Program Pembanguna­n Bola Sepak Miri berada di landasan tepat bagi melahirkan pemain- pemain terbaik,” katanya.

Menurutnya, beberapa pemain juga beraksi dalam liga tempatan dan Piala Sarawak musim lalu menunjukka­n prestasi cemerlang.

Paling manis, penyaring terbanyak, pemain terbaik, pasukan Fair Play dan penjaga gol terbaik adalah milik pasukan Miri.

Mereka iaitu Roslan Unos (penyaring terbanyak), Fairul Adi (pemain terbaik) dan Abdul Rajak Jamat (penjaga gol terbaik).

Penantian selama 18 tahun menjulang Piala Sarawak 2017 adalah sejarah yang perlu dibanggaka­n oleh pasukan Miri.

Tidak hairanlah jika beberapa pemainnya kini turut diintai pasukan lain sama ada beraksi dalam liga bola sepak rakyat atau Liga Malaysia.

 ??  ?? BURU PEMAIN: Hakimi (dua kanan, barisan belakang) menyatakan hasrat mengimport dua pemain baharu bagi memantapka­n Miri FA.
BURU PEMAIN: Hakimi (dua kanan, barisan belakang) menyatakan hasrat mengimport dua pemain baharu bagi memantapka­n Miri FA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia