Utusan Borneo (Sarawak)

Seminar sukan lengan pada 19 Januari ini

-

KUCHING: Buat julung kali di Malaysia dan Asia seminar mengenai sukan lengan akan diadakan di sini sempena Pertanding­an Gusti Lengan Antarabang­sa 2018.

Seminar pada 19 Januari itu dibahagika­n kepada dua kategori iaitu pengadilan perlawanan dan gusti lengan.

Timbalan Presiden Persatuan Sukan Lengan Malaysia (MyArms), Mohd Zil Fadli berkata seminar dikendalik­an jaguh dunia sukan itu, Devon Larrat dari Kanada di gimnasium Kelab Komuniti Premier 101.

“Seminar ini dibuka kepada 30 orang untuk sukan gusti lengan dan 16 orang untuk pengadil,” katanya ketika ditemui pada sesi pendaftara­n dan demonstras­i sukan lengan di Pasar Raya Mydin Samariang semalam.

Pertanding­an Gusti Lengan Antarabang­sa 2018 anjuran Kelab Komuniti Premier 101 dan Persatuan Sukan Lengan Sarawak (SASA) bakal diadakan di Pusat Komersil Premier 101 pada 19 dan 20 Januari ini.

Pengerusi penganjur, Stephen Kee berkata pendaftara­n menyertai pertanding­an berprestij itu giat dijalankan dengan membuka kaunter pendaftara­n di pasar raya utama seperti Mydin dan CityOne Megamall.

Ia dijadual dirasmikan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada malam 19 Januari dan penutupann­ya oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian pada malam berikutnya.

Selain menyampaik­an seminar, Devon bakal mempamerka­n kekuatan lengannya di atas pentas Premier 101.

Selain penyertaan penduduk tempatan, penganjur menerima penyertaan dari 19 negara dan semua negeri di Malaysia.

Negara tersebut terdiri China, Taiwan, Filipina, Thailand, Australia, New Zealand, Belarus, Rusia, Korea, Amerika Syarikat, Jepun, Vietnam, Syria, Kanada, Indonesia, Brunei, India, Kazakhstan dan Turki.

Lapan kategori dipertandi­ngkan terdiri daripada Lelaki Senior 85kg ke atas, Lelaki Senior 75-85kg, Lelaki Senior 75kg ke bawah, Lelaki Kidal 80kg ke atas, Lelaki Kidal 80kg ke bawah, Lelaki Senior Amatur 75kg ke atas, Lelaki Senior Amatur 75kg ke bawah dan Wanita Senior Terbuka.

Jumlah keseluruha­n wang tunai untuk dimenangi pada acara berprestij ini ialah RM31,300.00.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia