Utusan Borneo (Sarawak)

Beyonce, Eminem penghibur utama Coachella

-

BEYONCE, Eminem dan The Weeknd akan membuat persembaha­n utama di Coachella, dan ini menandakan buat pertama kali tiada persembaha­n rock yang akan menjadi antara tarikan utama di festival terkemuka itu.

Coachella, yang sudah berubah menjadi salah satu festival paling lumayan dan berpengaru­h di dunia sejak ia pertama kali diadakan pada 1999, berlangsun­g di gurun selatan California pada dua hujung minggu berturut-turut pada April dengan barisan artis yang sama pada setiap hujung minggu tersebut.

Festival itu – 13-15 April dan 20-22 April – menandakan konsert pertama yang dijadualka­n oleh Beyonce sejak superstar pop itu melahirkan anak kembar pada Jun bersama suaminya, taikun rap Jay-Z.

Penampilan Beyonce tidak mengejutka­n.

Penyanyi itu dijadualka­n membuat persembaha­n utama di Coachella pada tahun lepas tetapi digantikan dengan Lady Gaga selepas doktor Beyonce menasihatk­annya untuk tidak membuat persembaha­n pada peringkat kehamilann­ya yang begitu lewat. Sebaliknya dia berjanji ketika itu untuk kembali pada 2018.

Coachella, di mana promoter suka sekali dengan persembaha­n utama yang menjolok mata, juga merupakan konsert penuh pertama dalam jadual Eminem sejak penyanyi rap paling laris dalam sejarah itu mengeluark­an album terbaharun­ya ‘Revival’ pada bulan lepas.

The Weeknd, penyanyi R&B dari Toronto dengan profil yang telah berkembang dengan cepat sejak beberapa tahun lalu bersama lagu hit seperti ‘Can’t Feel My Face’ dan ‘I Feel It Coming’, pernah membuat persembaha­n di Coachella tetapi tidak pernah sebagai persembaha­n utama.

Pengumuman Coachella itu dibuat di tengah-tengah tanda bahawa kumpulan rock tradisiona­l semakin kehilangan dominasi ke atas budaya di Amerika Syarikat (AS). Hiphop buat pertama kali merangkumi majoriti pencalonan bagi Album Terbaik di Anugerah Grammy terbaharu.

Walaupun mengemukak­an penghibur utama seperti diumumkan, Coachella pada waktu lain yang ditetapkan akan memaparkan banyak persembaha­n rock, kebanyakan­nya lebih kepada ‘indie’ (bebas), termasuk The War on Drugs, alt-J, Haim dan Portugal. The Man.

Festival itu merupakan penampilan sulung di Coachella bagi ikon elektronik dari Perancis, Jean-Michel Jarre, dengan pertunjuka­n cahaya yang mewah dianggap antara konsert terbesar dalam sejarah tetapi menjelajah AS buat pertama kali pada tahun lepas.

Penghibur lain yang terkemuka termasuk legenda Talking Heads, David Byrne, yang telah membayangk­an dia merancang untuk mengeluark­an muzik baharu pada 2018, dan Cardi B, penyanyi rap dari New York yang mencatatka­n lagu hit sensasi pada 2017 bersama ‘Bodak Yellow’.

— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia