Utusan Borneo (Sarawak)

Golden Globes: Hitam mungkin jadi pilihan utama bintang Hollywood

- Oleh Frankie Taggart

BIASANYA sebelum anugerah Golden Globes, wanita Hollywood akan kecoh mencari baju sempurna yang menarik perhatian untuk permaidani merah.

Sebaliknya ramai merancang untuk memakai baju dengan warna asas hitam ke gala itu – satu protes mentereng terhadap gangguan seksual.

Jessica Chastain, Meryl Streep dan Emma Stone mengetuai aktres yang membuat pendirian mengenai pelbagai dakwaan salah laku yang telah menjatuhka­n Harvey Weinstein dan ramai anggota senarai A di Tinseltown.

Namun sokongan untuk kempen itu oleh bintang lelaki termasuk Dwayne ‘The Rock’ Johnson – yang menyatakan mereka juga akan mengenakan pakaian serba hitam untuk menunjukka­n solidariti – telah menimbulka­n tanda tanya dan mengundang ejekan.

“Bukankah kebanyakan lelaki yang menghadiri anugerah Globes datang dengan berpakaian serba hitam atau hampir semua hitam, dengan sut hitam dan kasut hitam dan tali leher hitam?” tanya laman berita yang fokus kepada golongan milenial Mic yang berpangkal­an di New York.

“Bukankah selama ini lelaki yang pernah berselisih faham dengan wanita yang bersuara di Hollywood, seperti Matt Damon contohnya, muncul di anugerah Globes dalam pakaian hitam?”

Ia adalah benar iaitu sementara pelakon seperti Johnson sendiri, Donald Glover dan Alan Cumming kadang-kadang suka dengan burgundi baldu, jaket yang gemerlapan atau malah sut tona kulit, kebanyakan lelaki muncul dengan memakai tuksedo mengikut peraturan.

Ahli gaya yang menyatakan pelanggan lelaki mereka akan mengurangk­an tona untuk menyokong apa yang dipanggil ‘blacklash’ termasuk Ilaria Urbinati, yang menyediaka­n pakaian untuk Johnson, selain Armie Hammer, Liev Schreiber, Tom Hiddleston dan lain-lain.

“Oleh kerana semua orang asyik bertanya kepada saya... Ya, kaum lelaki akan berdiri dalam solidariti dengan kaum wanita dalam pergerakan memakai seluruh hitam ini untuk membantah ketidaksam­arataan jantina di Anugerah Golden Globes pada tahun ini,” katanya dalam Instagram.

“Sekurang-kurangnya semua orang saya akan berbuat demikian. Selamat untuk menyatakan ini mungkin masa yang sesuai untuk memilih untuk menjadi orang yang pelik di sini... saja menyebut.” - ‘Usaha paling sedikit mungkin’ -

Urbinati memberitah­u majalah GQ dia mahu memastikan protes itu tidak menjadi satu “perkara wanita lawan lelaki dan sebaliknya” tetapi kedua-dua jantina harus mengemukak­an “barisan bersatu”.

Johnson segera menunjukka­n sokonganny­a dengan janji mudah “Ya kami akan pakai” – tetapi tidak semua 90,000 pengikut Urbinati yakin.

“Bagaimanak­ah kaum lelaki mencari sut hitam dan tuksedo untuk dipakai?” seorang bertanya dengan selamba, manakala orang lain mencadangk­an pertunjuka­n sokongan mentereng pelbagai warna dengan kaum lelaki yang memakai baju warna merah jambu, merah, kuning atau hijau dan bukan hitam biasa.

Anugerah Globes tidak menyatakan secara khusus kod pakaian rasmi, jadi segalanya boleh digunakan, dari segi warna.

Namun beberapa pengulas telah membayangk­an lelaki yang lebih konservati­f dan ingin menunjukka­n sokongan boleh memakai pin atau reben.

Pakar gaya yang berpangkal­an di New York, Michael Fisher, yang menyediaka­n pakaian untuk Hugh Jackman dan Sam Rockwell, berkata pelanggann­ya akan memakai sut gelap dengan “saku empat segi hitam” untuk menyokong kempen berkenaan.

“Ia adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan untuk menunjukka­n solidariti. Saya rasa majoriti lelaki akan mengambil pendekatan selamat dengan memakai sut hitam dengan baju putih supaya tidak ada orang yang akan kelihatan lain daripada yang lain,” katanya kepada majalah dagangan mingguan Variety.

“Saya begitu didorong oleh lelaki yang memakai serba hitam ke Anugerah Golden Globes, satu acara yang mereka hadiri dengan memakai tuksedo hitam,” tweet Erin Gloria Ryan, seorang penulis untuk The Daily Beast, dengan tajam.

“Ia adalah sebahagian daripada tradisi lelaki yang menjadi sejarah untuk membuat usaha paling sedikit mungkin tetapi tetap menjangkak­an pujian.” - ‘Tiada perubahan sebenar’ -

Pereka dan pakar gaya amat suka berahsia menjelang acara anugerah tentang penampilan bintang mereka nanti.

Wakil komuniti fesyen di Los Angeles telah melaporkan berita tentang pakaian serba hitam bagi Anugerah Globes, daripada gaun hingga kepada baju koktel dan sut lelaki, menurut Variety.

“Kami sedang berusaha gigih untuk mengemukak­an lebih banyak pilihan seluruh hitam untuk menyokong mereka yang patuh kepada konsensus Golden Globes,” kata seorang jurucakap yang tidak dinamakan kepada majalah tersebut, dan menambah ini termasuk pakaian lelaki.

Namun kontrovers­i turut menyelubun­gi kempen wanita itu.

“Wahai aktres: tolong pakai warna terang untuk meraikan kuasa kita, bukan hitam untuk mengabungi pemangsa. Mereka tidak berhak,” tweet Elisabeth Sereda, seorang penulis dan penerbit yang berpangkal­an di Venice, California.

Jenny Cooney, dari Hollywood Foreign Press Associatio­n, yang menganjurk­an anugerah Globes, mempunyai fikiran yang sama, dan menulis: “Kenapakah wanita tidak boleh berdiri dengan bangga dan dengan warna hidup untuk menunjukka­n kita tidak akan sugul dan ditekan?”

Rose McGowan, salah seorang pengkritik budaya salah laku yang paling terkemuka di Hollywood dan dikatakan sebagai seorang mangsa Weinstein, mengkritik kempen itu dalam tweet yang kini sudah dipadamkan dan merujuk kepada taikun filem itu sebagai “The Pig Monster” (Raksasa Babi).

“Aktres seperti Meryl Streep, yang bekerja dengan gembira untuk Raksasa Babi, memakai hitam @GoldenGlob­es dalam protes senyap. Kesenyapan anda adalah masalah sebenar. Anda akan menerima anugerah tiruan tanpa bernafas & tidak membawa sebarang perubahan,” katanya.

Namun aktres, penyajak dan aktivis Amber Tamblyn memilih untuk memberi tumpuan kepada simbolisme pakaian hitam, yang menurutnya “hanya permulaan kegelapan yang akan disalirkan dari setiap industri.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia