Utusan Borneo (Sarawak)

AS letak 4 jeneral Venezuela dalam senarai hitam sekatan

-

WASHINGTON: Perbendaha­raan Amerika Syarikat (AS) telah meletakkan empat jeneral Venezuela yang sedang berkhidmat atau bersara dalam senarai hitam sekatannya kelmarin, menambahka­n tekanan terhadap kerajaan yang dipertikai­kan pimpinan Presiden Nicolas Maduro.

Jabatan Perbendaha­raan berkata keempat- empat mereka telah sama ada terlibat dalam menindas penunjuk perasaan atau terlibat dalam skim rasuah utama.

Washington telah menyasarka­n Maduro sendiri bagi sekatan itu, dan merupakan seorang musuh lama bagi apa yang ia lihat sebagai rejim pemerintah­an kuku besi yang semakin meningkat.

Dalam satu ucapan di televisyen pada lewat kelmarin Maduro berkata pentadbira­n Trump telah “menghakis tahap kesabarann­ya”.

“Kesabaran saya telah sampai pada hadnya dengan kerajaan imperialis­me pimpinan Donald Trump. Saya tidak akan menerima apa-apa daripada kerajaan agresif ini.”

Pemimpin tersebut mengarahka­n tentera Venezuela agar memberi respons dalam menulis “melalui kekerasan” bagi apa yang beliau katakan sebagai “peras ugut” daripada Rumah Putih.

Harga minyak yang jatuh, ketegangan politik dan kegiatan rasuah telah menjejaska­n ekonomi negara dan membawa kepada bantahan maut di bawah Maduro.

Sekatan baharu “menyatakan bahawa rasuah dan penindasan terus berkembang di bawah rejim Maduro, kedua-duanya oleh mereka di dalam kedudukan kerajaan sekarang dan bekas pegawai yang terus mendapat faedah daripada satu sistem yang korup,” menurut Perbendaha­raan tersebut.

Menteri Luar Venezuela Jorge Arreaza menyatakan di dalam Twitter selepas pengumuman AS bahawa pihak tentera Caracas tidak akan pernah tunduk kepada Washington.

Pihak tentera “tidak akan pernah tunduk kepada manamana kuasa asing lain, lebih kurang dengan pihak imperialis dan pasukan tentera perang dari kerajaan kulit putih Donald Trump,” tulis Arreaza.

Delcy Rodriguez, presiden dari Dewan Perhimpuna­n Maduro yang menguruska­n secara efektif negara, menyatakan Trump “dan kerajaan gilanya seharusnya mema- hami bahawa Venezuela tidak akan pernah mengalah kepada peras ugutan atau ancaman.”

Setiausaha Perbendaha­raan Steven Mnuchin menyatakan dalam satu kenyataan bahawa “Presiden Maduro dan kumpulanny­a terus meletakkan kepentinga­n mereka sendiri mengatasi rakyat Venezuela.”

“Tindakan ini menekankan usaha AS untuk menganggap Maduro dan yang lain-lain terlibat dalam kegiatan rasuah di Venezuela sebagai bertanggun­gjawab,” tambah beliau.

“Kami menyeru kepada pihak terbabit dan rakan antarabang­sa di seluruh dunia agar menyertai kami ketika kami berdiri di samping rakyat Venezuela untuk menyisihka­n rejim penindas ini.”

Di bawah arahan Perbendaha­raan AS, gabenor wilayah Aragua, jeneral bersara dan anggota lembaga firma minyak negara Rodolfo Clemente Marco Torres telah dipilih bagi peranannya dalam penyeludup­an makanan.

Francisco Jose Rangel Gomez, seorang lagi jeneral bersara dan bekas gabenor wilayah Bolivar, telah dituduh sebagai mendesak mahkamah Venezuela agar membebaska­n anggota kumpulan prokerajaa­n bersenjata.

Jeneral Fabio Enrique Zavarse Pabon, komander bagi zon pertahanan yang termasuk Caracas, telah dituduh menggunaka­n pasukan tentera Pengawal Negara bagi menindas secara kejam tunjuk perasaan.

Serta Mejar Jeneral Jose Izquierdo Torres dituduh menggunaka­n pangkat dan kedudukann­ya untuk memperkaya­kan diri sendiri.

Pihak Perbendaha­raan mengarahka­n pembekuan mana-mana aset yang mungkin dimiliki oleh empat orang tersebut dalam kawasan AS dan mengharamk­an rakyat AS dan firma AS melakukan sebarang urus niaga dengan mereka.

Jurucakap Jabatan Negara AS Heather Nauert berkata sekatan akan hanya ditarik balik sekiranya satu hari nanti pegawai tersebut mengubah sikap mereka dan menghormat­i peraturan undangunda­ng.

“Anggota pasukan tentera Venezuela yang meletakkan kepentinga­n mereka sendiri terlebih dahulu daripada rakyat mereka tidak boleh mengharapk­an kekebalan dari sekatan kami dan akauntabil­iti antarabang­sa,” tegas beliau. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia