Utusan Borneo (Sarawak)

Pengadil sumo didakwa cabul pengadil remaja mohon maaf

-

TOKYO: Pengadil sumo yang berpangkat tinggi telah mengganggu secara seksual seorang pengadil remaja pada bulan lepas, lapor media Jepun semalam, dalam satu pukulan baharu terhadap sukan lama selepas seorang bekas juara didakwa bagi serangan kejam terhadap seorang lawan.

Ketika dalam keadaan mabuk pada malam 16 Disember, Shikimori Inosuke, 58, mencabul pegawai lelaki bawahannya dengan mencium beliau dan menyentuh dadanya di sebuah hotel di Okinawa, di mana beberapa ahli gusti sumo telah melakukan satu lawatan musim sejuk, lapor badan penyiaran awam NHK dan Kyodo News.

Pengadil kanan tersebut, yang nama sebenarnya adalah Itsuo Nouchi, telah memohon maaf kepada pegawai bawahannya untuk gangguan tersebut, menurut NHK dan Kyodo, memetik pegawai Pertubuhan Sumo Jepun.

“Saya tidak mengingati apaapa kerana saya sedang mabuk teruk,” menurut Shikimori, lapor Jiji Press. “Saya tidak tahu kenapa saya melakukan satu tindakan sebegitu.”

Pengadil muda itu tidak merancang untuk memfailkan laporan polis, namun pertubuhan telah dijangka akan mengambil tindakan disiplin, kata media tempatan.

“Ia adalah memalukan ketika dia berada dalam satu kedudukan untuk menyelia yang lain sebagai pengadil utama,” pengerusi pertubuhan Hakkaku berkata, menurut NHK.

NHK menyatakan gangguan itu memberi pukulan hebat kepada pertubuhan, yang telah berjanji untuk mengambil langkah pencegahan terhadap skandal ketika bekas juara utama sumo Harumafuji didakwa pada lewat bulan lepas melibatkan satu serangan kejam terhadap seorang peninju lawan ketika keluar minum.

Bekas “yokozuna” Mongolia, pangkat paling tinggi dalam sumo, berdepan dengan satu pertuduhan ringkas bermakna dia telah didenda sebanyak 500,000 yen namun dikecualik­an dari dihadapkan dalam perbicaraa­n.

Pertuduhan muncul kirakira sebulan selepas dia meletakkan jawatan, memohon maaf bagi kejadian yang memalukan berpunca oleh satu tindakan kejam pada Oktober yang menyebabka­n rakan senegara Takanoiwa mengalami keretakan pada tengkorak.

Yokozuna telah dijangka akan mendapat sokongan moral namun nama Harumafuji tercemar selepas dia mengaku telah memukul Takanoiwa kerana menghantar pesanan ringkas kepada teman wanitanya ketika dia memarahiny­a mengenai sikap buruknya itu.

Kejadian itu membuka semula luka lama dalam dunia sumo yang tertutup rapat selepas peningkata­n keganasan, tuduhan bagi pertaruhan haram, hubungan dengan sindiket jenayah dan rampasan dadah yang menggegark­an sukan menarik ini sejak beberapa tahun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia