Utusan Borneo (Sarawak)

Pengarah Agensi Keselamata­n Negara AS rancang bersara

-

WASHINGTON: Pengarah Agensi Keselamata­n Negara Laksamana Mike Rogers, ketua perisikan Amerika Syarikat ( AS), merancang untuk bersara dalam tempoh beberapa bulan selepas satu penggal selama empat tahun yang dicemari dengan kebocoran yang membahayak­an, sumber perisikan AS mengesahka­n kelmarin.

Rogers, yang telah mengetuai NSA dan agensi cawanganny­a, US Cyber Command, selama empat tahun, memberitah­u kakitangan dalam sekeping surat dalaman kelmarin bahawa beliau akan bersara pada musim bunga ini, dengan pengganti beliau akan dicalonkan oleh Presiden Donald Trump pada bulan ini.

Dinamakan bagi jawatan tersebut pada April 2014 oleh Presiden Barack Obama, Rogers, 58, turut melengkapk­an tempoh setahun di bawah Trump, yang telah beberapa kali menyatakan kritikan pedas bagi komuniti perisikan AS.

Rogers adalah salah seorang daripada empat ketua keselamata­n AS yang mengemukak­an satu laporan hentaman kepada Trump pada 6 Januari, 2017 menyatakan bahawa Rusia telah campur tangan dalam pilihan raya presiden 2016 bagi merangsang pencalonan­nya.

Trump sejak itu menolak untuk mengaku kesimpulan tersebut, dan Rogers adalah satu-satunya pegawai yang menghadiri mesyuarat mengekalka­n tugasnya melalui tahun pertama Trump.

Selain mengekalka­n pengintipa­n elektronik AS, beliau turut mengetuai kemampuan negara dalam melakukan operasi serangan siber, melalui Cyber Command, sebuah unit Pentagon.

Serta beliau telah berusaha untuk berdepan dengan kebocoran mengenai peralatan penggodama­n NSA yang sangat rahsia, sebahagian daripadany­a dipercayai telah jatuh ke tangan Rusia.

Dua bekas penggodam NSA telah bersetuju untuk mengaku bersalah dalam tempoh beberapa bulan lepas bagi tuduhan mengeluark­an bahan rahsia NSA ke kediaman mereka, namun kedua-duanya tidak didakwa bagi kebocoran yang disengajak­an.

Menurut laporan Washington Post pada awal minggu ini, seramai 21,000 kakitangan NSA sedang berdepan dengan perubahan mendadak disebabkan oleh keadaan tidak puas hati dengan satu perubahan semula diketuai oleh Rogers dan gaji yang kurang memuaskan berbanding dengan sektor awam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia