Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha pembangkan­g singkir presiden Honduras gagal

Selepas pegawai pilihan raya tolak rayuannya untuk batal pelantikan semula presiden Honduras itu

-

TEGUCIGALP­A: Pegawai pilihan raya di Honduras kelmarin menolak rayuan pembangkan­g yang menuntut bagi pembatalan pelantikan semula Presiden Juan Orlando Hernandez, yang telah dikemukaka­n mengenai tuduhan penipuan pengundi dalam pilihan raya yang sangat sengit.

Tribunal Pilihan Raya Agung (TSE) di negara ini, dalam satu kenyataan, memetik kekurangan bukti dan menggelar tindakan pihak pembangkan­g sebagai “tidak berasas”.

Pegawai pilihan raya telah mengumumka­n Hernandez sebagai pemenang selepas beliau menewaskan dengan tipis calon pembangkan­g haluan kiri Salvador Nasralla dalam pilihan raya pada 26 November.

Bercakap dalam televisyen Nasralla menjanjika­n satu rayuan baharu di depan Mahkamah Agng Keadilan termasuk satu perarakan semalam membantah keputusan tersebut.

Nasralla menyerah kalah pada 22 Disember sejurus selepas sekutu utama Honduras, Washington menyokong pelantikan semula Hernan- dez, selepas pertempura­n jalanan maut selama sebulan.

Namun beliau kemudian kembali semula dengan Opposition Alliance Against the Dictatorsh­ip bagi menuntut keputusan pilihan raya itu dimansuhka­n.

Pemerhati antarabang­sa daripada kedua-dua pihak OAS dan Kesatuan Eropah menyatakan keganjilan dalam proses pilihan raya, yang menurut bekas tersebut sebagai memiliki “kualiti yang kurang baik.”

Menurut pegawai pilihan raya, keputusan akhir menunjukka­n Hernandez yang konservati­f telah memenangi dengan sebanyak 42.95 peratus undian, mengatasi Nasralla dengan 41.42 peratus.

Hernandez, 49, bertanding bagi pemilihan semula menentang Nasralla, seorang bekas pengacara TV berusia 64 tahun, di sebalik satu pengharama­n dalam perlembaga­an terhadap presiden berkhidmat selama lebih dari satu penggal.

Beliau merancang untuk memulakan penggal kedua beliau secara rasmi pada 27 Januari dengan satu “upacara ringkas.” — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? API KEMARAHAN: Penyokong parti pembangkan­g membantah dengan membakar penghadang selepas Hernandez mengisytih­ar pelantikan semulanya sebagai presiden Honduras di Tegucigalp­a, Honduras pada 19 Disember, 2017.
— Gambar Reuters API KEMARAHAN: Penyokong parti pembangkan­g membantah dengan membakar penghadang selepas Hernandez mengisytih­ar pelantikan semulanya sebagai presiden Honduras di Tegucigalp­a, Honduras pada 19 Disember, 2017.
 ??  ?? HERNANDEZ
HERNANDEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia