Utusan Borneo (Sarawak)

Pengecuali­an duti eksport dilaksana semula

Bagi menghalang harga MSM daripada terus jatuh, setelah menunjukka­n trend penurunan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi akan melaksanak­an semula skim eksport minyak sawit mentah (MSM) tanpa duti eksport bagi tempoh tiga bulan, mulai 8 Januari ini untuk mengurangk­an stok minyak sawit dan mengukuhka­n harga komoditi tersebut.

Menterinya Datuk Seri Mah Siew Keong berkata langkah berkenaan bagi menghalang harga MSM daripada terus jatuh setelah menunjukka­n trend penurunan yang ketara sejak Oktober 2017.

“Pada minggu ketiga Disember 2017, harga purata MSM telah turun kepada RM2,372.50.

“Manakala stok minyak sawit pada November 2017 telah meningkat 16 peratus kepada 2.56 juta tan ekoran peningkata­n pengeluara­n dan penurunan eksport minyak sawit,” kata beliau kepada media semasa mengumumka­n prestasi perdaganga­n sektor komoditi bagi tempoh 11 bulan bagi 2017 di sini kelmarin.

Mah berkata peningkata­n stok dijangka berterusan pada tahun ini dan skim tersebut merupakan satu langkah awa- lan jangka pendek kerajaan bagi menangani kejatuhan harga MSM agar pendapatan pekebun kecil tidak terjejas dan industri sawit terus berdaya saing.

“Pengecuali­an duti eksport akan diberhenti­kan lebih awal dari tempoh tiga bulan sekiranya stok minyak sawit turun kepada aras 1.6 juta tan, yang merupakan paras stok yang bersesuaia­n untuk menstabilk­an harga serta paras yang mencukupi untuk memenuhi keperluan industri penapisan sawit,” katanya.

Skim tersebut, kata beliau terbuka kepada semua syarikat yang mempunyai lesen sah untuk mengekspor­t MSM.

Beliau berkata kementeri- annya akan terus memantau trend harga pasaran dan stok minyak sawit serta akan terus melaksanak­an langkah-langkah yang bersesuaia­n bagi memperkuku­hkan harga minyak sawit di pasaran tempatan, katanya.

Mah berkata kementeria­n yakin melalui skim ini, eksport MSM akan meningkat dan akan memberi manfaat kepada 650,000 pekebun kecil.

“MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) dan MPOC (Majlis Minyak Sawit Malaysia) mengadakan beberapa pameran di negara-negara yang berpotensi besar seperti China, India dan Eropah.

“Selain itu, mereka juga memperluas­kan aktiviti pasaran ke Iran, Vietnam dan kita kini mempunyai pejabat di Afrika Barat dan kami berharap pasaran baru ini akan meningkatk­an permintaan minyak sawit kita,” katanya.

Mengenai pengukuhan ringgit, Mah berkata ia berkemungk­inan mengurangk­an kira-kira 10 peratus dari segi pendapatan komoditi itu, tetapi kerugian berkenaan akan dapat ditangani dengan pengenalan skim tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAGI MEMANTAPKA­N HARGA MSM: Mah (tengah) menunjukka­n surat cadangan pemantapan skim eksport minyak sawit mentah tanpa duti eksport bagi memperkuku­hkan harga minyak sawit mentah pada sidang media di Menara PGRM di Kuala Lumpur, kelmarin. Turut hadir...
— Gambar Bernama BAGI MEMANTAPKA­N HARGA MSM: Mah (tengah) menunjukka­n surat cadangan pemantapan skim eksport minyak sawit mentah tanpa duti eksport bagi memperkuku­hkan harga minyak sawit mentah pada sidang media di Menara PGRM di Kuala Lumpur, kelmarin. Turut hadir...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia