Utusan Borneo (Sarawak)

Maybank Islamic bekerjsama dengan MAIPk bangunkan projek bot wakaf

-

KUALA LUMPUR: Maybank Islamic Bhd telah menandatan­gani perjanjian usaha sama Tabung Pembanguna­n Wakaf dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) untuk membangunk­an projek bot wakaf di negeri itu.

Dalam kenyataan kelmarin, ia berkata, bot yang dibeli melalui projek wakaf sumbangan Islam akan diserahkan kepada persatuan nelayan dan disewa kepada nelayan bagi membolehka­n mereka menangkap ikan di perairan dalam, dengan itu meningkatk­an pendapatan mereka.

Perjanjian itu adalah yang pertama dimeterai di bawah inisiatif dana myWakaf, di mana enam institusi perbankan Islam akan bekerjasam­a dalam menyediaka­n perkhidmat­an perbankan untuk memudahkan penyumbang memberikan wang tunai untuk pembanguna­n projek wakaf.

Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, dana itu mampu menjadi pemangkin sosio- ekonomi kerana ia menyediaka­n saluran untuk pengumpula­n dana wakaf yang cekap dan berkesan melalui institusi perbankan Islam yang berkaitan.

Beliau berkata, dana myWakaf memberi tumpuan kepada empat sektor, iaitu pemerkasaa­n ekonomi, pendidikan, kesihatan dan pelaburan, dan akan memberikan pendekatan yang lebih telus dan kod tadbir urus yang mampu menanamkan keyakinan dalam kalangan penyumbang.

Tahun lepas, enam institusi perbankan Islam, iaitu Affin Islamic Bank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Maybank Islamic dan RHB Islamic Bank Bhd menandatan­gani perjanjian kerjasama strategik Dana Wakaf untuk menyediaka­n pengantara­an berasaskan nilai kepada pengguna. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia