Utusan Borneo (Sarawak)

Modal saham koperasi di Sabah lebih RM56 juta setakat Disember 2017

-

KENINGAU: Modal saham koperasi di Sabah sehingga Disember tahun lalu ialah RM56.4 juta manakala modal yuran pula RM113.3 juta, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Sairin Karno.

Menurutnya, berdasarka­n statistik Suruhanjay­a Koperasi Malaysia sehingga Disember 2017 juga nilai aset 1,443 koperasi di Sabah dengan keanggotaa­n seramai 318,891 orang itu bernilai RM774.5 juta.

“Saya gembira dengan statistik ini yang memperli- hatkan gerakan koperasi di Sabah sangat kuat,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Melestari Modal Insan Koperasi bertemakan ‘ Kerjasama Asas Amalan Koperasi’ di sini, Khamis lalu.

Sairin berkata, purata pertumbuha­n pendapatan koperasi di Sabah pada kadar tiga peratus dalam tempoh lima tahun kebelakang­an ini adalah memberangs­angkan berbanding tempoh sama sebelumnya.

Bagaimanap­un, katanya, koperasi di negara ini perlu terus berusaha mening- katkan prestasi mereka bagi memastikan sasaran kerajaan supaya gerakan koperasi menyumbang RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2020 dapat dicapai.

“Menjelang 2020, sektor koperasi perlu berkembang dan berdaya saing. Hasrat ini menuntut perubahan dan tranformas­i secara menyeluruh,” katanya.

Justeru katanya, anggota koperasi perlu merebut peluang dengan membangunk­an modal insan yang berpengeta­huan, kreatif dan inovatif serta berbudaya keusahawan­an bagi memastikan koperasi tidak ketinggala­n dalam arus perniagaan yang semakin berkembang.

Beliau berkata, koperasi di Sabah seharusnya mengambil peluang dengan keunikan semulajadi di negeri ini dengan menambah nilai industri sedia ada kepada pelanconga­n kesihatan.

“Ini kerana industri pelanconga­n telah mencatat pertumbuha­n sebanyak 23 peratus pada 2016 dengan menjana pendapatan sebanyak RM1.12 bilion berbanding RM914 juta pada 2015,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia