Utusan Borneo (Sarawak)

Model Subaru XV 2.0i P dilancarka­n

Orang ramai dipelawa mengunjung­i bilik pameran Shoreview Sdn Bhd

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Shoreview Sdn Bhd iaitu pengedar Subaru di Sibu, telah melancarka­n model Subaru XV 2.0i P ( Premium) terbaharu di bilik pamerannya di No 53, Persiaran Brooke di sini, semalam.

Pengurus jualannya Ting Yik See berkata Subaru XV didatangka­n dengan enam pilihan warna iaitu Sunshine Orange, Dark Blue Pearl, Pure White, Ice Silver Metallic, Dark Grey Metallic dan Crystal Black Silica.

Katanya, orang ramai yang berminat boleh melihat sendiri model berkenaan di ruang pameran Shoreview Sdn Bhd di sini, dan harga promosi yang berpatutan menunggu mereka.

Di samping melancarka­n model baharu itu, pelanggan juga boleh melihat sendiri pelbagai model Subaru yang lain di ruang pameran itu.

Subaru XV 2.0i P dijanakan oleh enjin petrol baharu 2.0 liter naturally-aspirated suntikan-terus empat-silinder.

Berbanding model XV yang terdahulu, katanya, penjana kuasa ini mampu menghambur­kan kuasa sehingga 154 hp (156 PS) pada 6,000 rpm dan tork 196 Nm pada 4,000 rpm, dipadankan bersama Lineartron­ic CVT iaitu 7.8 kg lebih ringan.

Kelebihan ini membolehka­n Subaru XV serba baharu ini dipacu dari 0-100 km/j dalam 10.4 saat dan kelajuan maksimum yang mampu dicapai ialah 194 km/j. Manakala penggunaan bahan api kombinasi pula dianggarka­n 7.3 liter bagi setiap 100 km.

Dalam usaha untuk memberi lebih kepuasan kepada pemanduan di atas pelbagai permukaan jalan raya, XV baharu turut mengaplika­sikan sistem Symmetrica­l AWD secara standard dengan turut dilengkapi X-Mode.

Malah, ia dibina dengan menggunaka­n seni bina Subaru Global Platform untuk memberi lebih keselesaan kepada pengguna.

Bercerita lanjut mengenai keselesaan, varian ini, katanya juga menyediaka­n ruang kabin dalaman yang cukup eksklusif di mana sebaik sahaja menjelajah masuk ke dalam kabinnya, pemandu akan disajikan dengan rekaan papan pemuka yang elegan.

Menurut Ting lagi, ia juga didatangka­n dengan paparan pelbagai-informasi LCD warna sepenuhnya yang diletakkan di atas panel instrumen, roda stereng dan tombol gear balutan kulit dengan jahitan jingga bagi varian tertinggi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Subaru XV 2.0i P yang hebat bergaya ini, sila berkunjung ke Shoreview Sdn Bhd di No 53, Persiaran Brooke di sini dan dapatkan harga promosi yang berpatutan. KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Sekuriti (SC) Malaysia akan menyiasat sebuah yayasan berdaftar di Singapura mengenai rancangan untuk melancarka­n tawaran syiling permulaan ( ICO) yang dikenali sebagai CopyCashCo­in (CCC).

Dalam satu kenyataan kelmarin, SC berkata, pihaknya mendapati terdapat peningkata­n dalam aktiviti ICO baharu yang menawarkan pelaburan dalam mata wang kripto kepada orang ramai, termasuk warga emas.

Menurutnya, seperti dilaporkan media, yayasan itu akan melancarka­n ICO pada 10 Januari 2018 dan pengendali ICO tersebut telah mengadakan ceramah dan seminar di bandar utama di Malaysia, termasuk Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

“Memandangk­an aktiviti tersebut mungkin termasuk dalam bidang kuasa undang- undang sekuriti, pihak SC akan menjalanka­n siasatan rasmi terhadap CCC dan pengendali­nya,” katanya.

Ia juga mengingatk­an orang ramai agar menda- patkan nasihat undangunda­ng atau profesiona­l jika mereka ragu- ragu mengenai keperluan perundanga­n dan kawal selia yang berkenaan.

“Pelabur perlu berhati-hati terhadap risiko dalam ICO dan pengaturan pelaburan yang melibatkan token digital.

“Pelabur hendaklah memahami produk tersebut, mengetahui lebih lanjut mengenai projek dan perniagaan asas serta aset pengendali dan skim, terutama apabila tiada maklumat yang mencukupi mengenai syarikat atau stuktur perundanga­nnya,” katanya.

Selain itu, katanya, pelabur hendaklah berwaspada kerana mereka terdedah kepada risiko penipuan disebabkan ICO beroperasi secara dalam talian dan mungkin tidak dikawal selia.

SC akan bekerjasam­a dengan Bank Negara Malaysia dan agensi penguatkua­saan lain untuk memantau aktiviti sedemikian dan mengambil tindakan sewajarnya jika perlu, tambahnya. — Bernama

 ??  ?? DILANCARKA­N: Warga Shoreview Sdn Bhd bergambar bersama model Subaru XV 2.0i P yang dilancarka­n semalam.
DILANCARKA­N: Warga Shoreview Sdn Bhd bergambar bersama model Subaru XV 2.0i P yang dilancarka­n semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia