Utusan Borneo (Sarawak)

MATRADE wujudkan semula Geran Pembanguna­n Pasaran

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) mewujudkan semula Geran Pembanguna­n Pasaran (MDG) pada 1 Jan tahun ini selepas menggantun­gkannya tahun lepas.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros, berkata langkah itu bertjujuan memberi manfaat kepada lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengekspor­t produk masing-masing.

“Ia juga merupakan antara pengumuman Bajet 2018 yang dibentangk­an oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober tahun lepas,” katanya.

Mohd Shahreen berkata sejak pelaksanaa­nnya pada 2002, MDG memberi manfaat kepada 7,682 syarikat tempatan yang menembusi pasaran utama eksport Malaysia seperti China, Emiriah Arab Bersatu dan negara anggota ASEAN.

MDG ialah platform yang menyediaka­n peluang kepada PKS Malaysia untuk memohon geran yang boleh dikembalik­an sehingga RM200,000 bagi penyertaan aktiviti promosi eksport iaitu pameran perdaganga­n antarabang­sa, misi perdaganga­n dan pelaburan, misi pemecut eksport, persi- dangan antarabang­sa selain fi penyenarai­an untuk barangan buatan Malaysia di pasar raya, pasar raya besar dan pusat runcit di luar negara.

Sementara itu, MATRADE berkata susulan pewujudan semua geran itu, garis panduan baharu diperkenal­kan, termasuk syarikat perlu mendaftar atau mengemas kini maklumat masing-masing dengan MATRADE menerusi Pendaftar Eksport Malaysia.

“Syarikat juga mesti memiliki entiit perniagaan yang aktif ( tidak terpakai kepada syarikat kurang dari setahun),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia