Utusan Borneo (Sarawak)

CV! dekati komuniti rai ulang tahun ke-10 penubuhan JCW

-

KELAB sukarelawa­n terbesar Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia), Curtin Volunteers! (CV!) meraikan sambutan ulang tahun ke-10 penubuhan Minggu John Curtin (JCW) dengan mengadakan projek ‘outreach’ komuniti di Miri.

Lebih 250 CV dan sukarelawa­n dari kampus menyertai projek di enam kampung luar bandar sekitar Sibuti, Bakong dan Lambir dan kem motivasi untuk murid sekolah rendah daerah Subis di Taman Negara Gua Niah.

Projek setiap hujung minggu selama tiga minggu itu melibatkan lebih 190 sukarelawa­n di Rumah Genatan dan Rumah Apin di Sibuti, Rumah Juliana dan Rumah Nora di Bakong dan Rumah Ampik dan Rumah Nunong di Lambir.

Aktiviti dijalankan termasuk gotong-royong membaiki dan mengecat struktur rumah panjang dan membantu petani di kebun dan ladang sawit.

Selain itu, demonstras­i bantuan kecemasan dan kebersihan, seni dan kraf dan bengkel bahasa untuk kanak-kanak di kampung turut diadakan.

Sementara itu, lebih 60 sukarelawa­n menjadi hos Kem Motivasi JCW murid dari 11 sekolah rendah daerah Subis di Taman Negara Gua Niah.

Peserta merupakan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kuala Sibuti, SK Sungai Bakas, SK Kampung Bungai, SK Rumah Goyang, SK Kelapa Sawit No. 1, SK Sungai Manong, SK Kelapa Sawit No. 4, SK Rancangan Sepupok, SK Sungai Lamaus, SK Batu Niah dan SK Lambir Village.

Program tersebut turut mendapat sokongan sektor swasta dan awam antaranya Tabung Baitulmal Sarawak, Jabatan Pelajaran Daerah Subis, Jabatan Hutan Sarawak, TOS Logistics, Siti Payung Kek Lapis Sarawak dan Miri Cheap Printing.

 ??  ?? INTERAKSI: Sukarelawa­n berinterak­si dengan murid sekolah rendah semasa kem Curtin di Taman Negara Gua Niah.
INTERAKSI: Sukarelawa­n berinterak­si dengan murid sekolah rendah semasa kem Curtin di Taman Negara Gua Niah.
 ??  ?? MENGECAT: Aktiviti mengecat bersama penduduk kampung di Rumah Apin.
MENGECAT: Aktiviti mengecat bersama penduduk kampung di Rumah Apin.
 ??  ?? CERIA: Sukarelawa­n mengadakan aktiviti di Rumah Juliana.
CERIA: Sukarelawa­n mengadakan aktiviti di Rumah Juliana.
 ??  ?? BANTU: Peserta memasak makanan di Rumah Ampik.
BANTU: Peserta memasak makanan di Rumah Ampik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia