Utusan Borneo (Sarawak)

Pelihara, perkukuh perpaduan masyarakat berbilang bangsa: Musa

-

SANDAKAN: Semangat persaudara­an, perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negeri ini perlu sentiasa dipelihara dan diperkukuh­kan, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata ini amat penting kerana mengekalka­n keharmonia­n dan perpaduan adalah tanggungja­wab bersama dan manfaatnya akan dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat.

“Saya percaya, keharmonia­n masyarakat majmuk ini juga akan menyumbang kepada kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kemakmuran sosial, seperti yang kita kecapi pada hari ini.

“Ia membolehka­n kerajaan meneruskan perancanga­n dan memperheba­tkan lagi usaha-usaha pembanguna­n, memastikan kesinambun­gan pelaksanaa­n dasar dan program-program pembanguna­n untuk meningkatk­an kesejahter­aan umat Islam dan rakyat pada keseluruha­nnya,” katanya pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Sandakan di sini, semalam.

Pada sambutan itu, Musa turut menyertai perarakan dari kawasan Pasar Sim-Sim hingga ke Masjid Daerah Sandakan yang disertai 50 kontinjen daripada pelbagai agensi dan persatuan.

Musa berkata hari ini umat Islam berhadapan dengan pelbagai cabaran, antaranya ialah perpecahan dan persengket­aan sesama sendiri, yang menjadikan umat Islam lemah dan mudah dieksploit­asi untuk kepentinga­n pihak tertentu.

“Kita tidak lagi menghayati semangat ukhuwah dan persaudara­an sebaliknya lebih suka menabur kebencian, fitnah dan permusuhan.

“Untuk itu, harus kita sedar dan insafi, serta mengambil iktibar daripada krisis dan pergolakan yang berlaku di beberapa negara Islam. Ia perlu menjadi pengajaran yang berguna kepada kita agar tidak mengabaika­n kepentinga­n nilai ukhuwah dan perpaduan ummah,” katanya.

Justeru, beliau mengajak umat Islam memantapka­n ukhuwah dan mengukuhka­n silaturahi­m sesama umat Islam kerana hanya dengan kesatuan dan perpaduan yang jitu, umat Islam akan menjadi umat yang cemerlang dan dihormati.

“Marilah kita mengambil iktibar daripada sambutan Maulidur Rasul ini dengan kembali menghayati ajaran Islam dan mencontohi keperibadi­an, semangat dan daya juang serta akhlak Nabi Muhammad SAW, seterusnya mengukuhka­n lagi kesatuan dan kekuatan demi memartabat­kan kejayaan umat Islam dalam pelbagai bidang,” katanya.

Pada majlis itu, Musa turut menyampaik­an anugerah tokoh Maulidur Rasul peringkat daerah Sandakan kepada Penolong Kanan Pengarah Kastam Sandakan Otoh Sibik Sahar, 59, dan Ketua Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Bahagian Sandakan Roziah Hussain, 53, yang juga seorang guru. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERARAKAN: Musa (tengah) mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Sandakan semalam.
— Gambar Bernama PERARAKAN: Musa (tengah) mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Sandakan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia