Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha baik pulih jambatan rosak di Papar diteruskan

-

PAPAR: Kementeria­n Kerja Raya akan meneruskan usaha mengganti dan membaik pulih jambatan gantung yang rosak di Papar tahun ini bagi memastikan keselamata­n rakyat di daerah itu terpelihar­a, khususnya penduduk kampung yang menggunaka­n jambatan sebagai laluan harian.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang juga Ahli Parlimen Papar berkata usaha itu bagi mengelak penduduk kampung menggunaka­n laluan alternatif yang dikhuatiri lebih berbahaya.

“Tahun lepas, hampir 40 jambatan gantung dibaik pulih dan ada juga digantikan dengan struktur baharu dengan peruntukan RM1 juta di bawah Unit Perancang Ekonomi dan hampir RM200,000 peruntukan Parlimen.

“Kami akan meneruskan usaha ini tahun ini dan sentiasa mencari kaedah yang lebih baik bagi memastikan jambatan di Papar lebih tahan lama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Kembali Ke Sekolah peringkat Papar di sini semalam.

Pegawai Daerah Papar Adanan Atin berkata pihaknya telah memutuskan untuk menggunaka­n besi bagi membina jambatan baharu di daerah itu dengan kos lebih kurang RM100,000 sebuah jambatan.

“Bagaimanap­un, kebanyakan permintaan daripada penduduk kampung ialah untuk membaik pulih jambatan, tetapi kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan bahan dan sistem binaan lebih kukuh dan tahan lama,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kaiduan, Uzair Kee Yahya yang mana muridnya seramai kira-kira 87 orang bergantung kepada jambatan gantung sebagai laluan utama untuk ke sekolah, tidak menolak ada muridnya yang menggunaka­n laluan alternatif yang dikatakan mengambil masa singkat untuk ke sekolah.

“Tidak ramai murid yang menggunaka­n laluan pintas (alternatif) ini. Tetapi pihak sekolah telah berbincang dengan pegawai daerah mengenai masalah masa perjalanan ke sekolah dan beliau (pegawai daerah) telah mencadangk­an pembinaan sebuah asrama desa,” katanya. — Bernama

Pada majlis itu, seramai 1,000 pelajar sekolah menengah dan rendah daripada keluarga kurang berkemampu­an di Papar menerima pakaian seragam dan kelengkapa­n sekolah sumbangan PLUS Malaysia Sdn Bhd.

Pelajar berkenaan antara 8,400 pelajar terpilih di seluruh negara yang menerima sumbangan itu untuk sesi persekolah­an tahun ini. — Bernama

 ??  ?? TAHNIAH: Sapawi menyampaik­an hadiah sebuah motosikal kepada pemenang utama cabutan tiket bertuah sempena Santai Sipitang 2018.
TAHNIAH: Sapawi menyampaik­an hadiah sebuah motosikal kepada pemenang utama cabutan tiket bertuah sempena Santai Sipitang 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia