Utusan Borneo (Sarawak)

Biro IT perlu proaktif tangani perang persepsi: Sapawi

-

SIPITANG: Biro Teknologi Maklumat (IT) perlu mengambil pendekatan proaktif menangkis perang persepsi pembangkan­g dalam menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Sapawi Ahmad.

Beliau berkata langkah itu perlu bagi memastikan rakyat tidak dikeliruka­n oleh manipulasi pembangkan­g menerusi perang persepsi mereka.

Katanya, perang persepsi tidak dapat dielak dalam dunia digital hari ini kerana pihak yang tidak sehaluan biasanya akan memutar belit sesuatu isu bagi mencetuska­n polemik atau persepsi negatif.

Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata langkah itu adalah selaras dengan usaha dan tindakan dilaksanak­an Biro IT UMNO Malaysia.

“Dalam konteks Sabah, tumpuan kita membetulka­n persepsi adalah dalam kalangan generasi muda dan kawasan bandar tanpa mengetepik­an kawasan luar bandar, supaya apa saja isu persepsi dapat ditepis dengan bersahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program keceriaan Santai Sipitang 2018, iaitu acara sambutan tahun baharu di Esplanad Sipitang pada Isnin.

Sapawi yang juga pengarah Yayasan Sabah berkata, apa yang dilaksanak­an oleh BIro IT adalah untuk menentukan tiada penyelewen­gan fakta yang mengeliruk­an masyarakat oleh pihak yang cuba mengadu-domba daripada kerukunan masyarakat negeri ini.

“Saya yakin dengan keupayaan Biro IT ini untuk menangkis apa jua isu kecil dan besar yang cuba dijaja oleh pihak tertentu,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Pembantu Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Kamarlin Ombi, Ketua Pemuda UMNO Sabah merangkap Ketua Pemuda UMNO Sipitang Yamani Hafez Musa, Ketua Puteri UMNO Sipitang Suzie Hamat, Ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) Sipitang Datuk Jamilah Sulaiman dan Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia